Naza N5R suku liter berbaloi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Motosikal peringkat kemasukan 250cc, Naza N5 telah diperkenalkan pada 19 Mei 2014, yang mensasarkan pelanggan yang berusia antara 18 hingga 45 tahun yang menaiktaraf dari motosikal jenis underbone mahupun motosikal genre lain yang lebih kecil. img_1154 Kini  Naza bikes menawarkan satu lagi model yang lebih baharu iaitu model Naza N5R. Motosikal ini diasaskan pada model Hyosung GD250R buatan Korea Selatan yang dikeluarkan oleh syarikat KR Motors. KR Motors sebenarnya merupakan pemilik kini bagi jenama motosikal Hyosung yang menghasilkan Naza Blade dan mereka juga menghasilkan Naza N5 terdahulu, hasil kerjasama pihak Naza dengan syarikat tersebut setelah sekian lama. img_1166 Tunggang uji yang dijalankan mendapati bahawa N5R ini mampu memberikan tunggangan yang akan anda jangkakan dari sebuah motosikal 250cc berharga sederhana.  Kemasan motosikal ini agak berkualiti, dengan beberapa sentuhan dan perhatian telah diberikan kepada beberapa faktor kecil. Ia agak berbeza dari penawaran sebelumnya oleh pembuat motosikal ini. img_1161 Suspensinya agak selesa malah sedikit keras, dan dengan jarak roda hanya 1346 mm, tempat duduknya berbentuk bergaya tetapi kemas. Pemegang hendal dipasang di atas, dan bukannya di bawah pengapit fork dan tidak tersepit atau sempit umtuk dipegang. Agihan berat keseluruhan termasuklah berat penunggang agak tersebar rata dan ini membolehkan pengendalian yang tangkas serta selesa. Motosikal ini mudah diarahkan walaupun bar hendal adalah agak sempit iaitu hanya 700mm dari hujung ke hujung, dan brek cakera berkelopak dengan angkup teknologi tinggi mengapit omboh di depan dan juga belakang bertindakbalas baik terhadap sebarang keperluan hentian anda bagi memberhentikan motosikal yang seberat 155kg dengan tangki penuh bahan api. 1 Paparan instrumen cecair kristalnya juga adalah mudah untuk dibaca, dan motosikal ini dikatakan menjanjikan 3.88 liter bagi setiap 100km. Kedudukan suis kawalan berada pada kedudukan yang juga mudah dicapai. Dua posisi tunggangan boleh didapati dari Sistem EZ-suit yang membolehkan kedudukan tempat duduk, bar pemegang dan pemijak kaki dilaraskan mengikut kesesuaian keperluan tunggangan anda. Pelananya boleh dinaikkan atai diturunkan sebanyak 20mm dan bar pemegang pula mampu dilaraskan sebanyak 30mm. Kedudukan pemijak kaki pula mampu dianjak ke belakang sebanyak 30mm. Gegaran enjinnya adalah agak ketara dan menjadi terasa jika anda mendesak motosikal ini supaya meningkat sehingga 140kmj menurut bacaan meter. Naza N5R ini merupakan sebuah sportster sukut liter dengan karektor hantaran kuasanya yang agak linear namun mampu didesak ke tahap lebih baik dengan pilihan gear yang tepat. Bawalah ia ke lebuhraya terbuka, dan anda akan menikmatinya. 300 unit NAZA N5R disasarkan terjual tiap tahun oleh Naza bikes tahun ini, yang ditawarkan pada harga yang agak berbaloi dan kompetitif pada RM13,888 bagi model asas (merah dengan rim putih atau hitam dengan rim hitam) manakala model edisi khas SE merah dengan rim hitam ditawarkan pada harga RM15,888.00. img_9617 man_0084 man_0037 man_0003 man_0028 man_0110 man_0151 man_0187 2 4 Spesifikasi : Enjin sejukan cecair satu selinder DOHC 4-injap Sesaran : 249cc Gerek dan lejang : 73 x 59.6 Nisbah mampatan : 12 : 1 Kuasa maksimum : 20.59 kW (28 ps) @ 9500 RPM Dayakilan maksimum : 24.17 Nm (2.46 kgf.m) @ 7000 RPM Suapan : suntikan bahanapi Klac : Basah, berbilang Gear : 6-kelajuan Hantaran akhir : rantai Kerangka : Krangka utama keluli tiub trellis & sub-kerangka keluli bertiub Brek (hadapan) :  cakera 300Ø berkelopak, angkup 4-omboh, hos keluli Brek (belakang) : cakera 230Ø berkelopaj, angkup 2-omboh, hos keluli Suspensi (depan) : tupang teleskopik terbalik 37Ø Suspensi (belakang) : lengan ayun aluminium dengan penyerap kejutan hidraulik dengan pra-bebanan bolehlaras Tayar depan : 110/70 R17 54S Tayar belakang : 150/60 R17 66S tangki bahanapi : 11L berat basah : 155kg  (kering : 138kg)