Tingkatkan kebolehlihatan dengan 3M

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan perdaganan, JPJ telah mengeluarkan arahan iaitu mulai 1 Januari 2017, semua kenderaan perdagangan mesti menggunakan pelekat pemantul cahaya yang diiktiraf oleh SIRIM yang mematuhi piawaian Malaysian Standard (MS 828:2011). 3m-04 3m-02 Selaras dengan ini, 3M Malaysia telah melancarkan 3M™ Diamond Grade™ (DG3) Conspicuity Marking, bersempena dengan pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tersebut. Langkah ini merupakan sebahagian usaha penting untuk mengurangkan jumlah kematian yang disebabkan kemalangan jalan raya. Pada waktu malam, mata hanya menerima 5% daripada maklumat yang dapat kita lihat pada waktu siang. Ini menunjukkan betapa pentingnya keboleh-lihatan kenderaan pada waktu malam untuk memastikan keselamatan kenderaan dan jalan raya. “Kenderaan perdagangan yang dipasangkan 3M™ Diamond Grade™ (DG3) Conspicuity Marking lebih mudah dan cepat dilihat atau dikesan berbanding kenderaan yang tidak mempunyai penanda pemantul cahaya atau yang tidak ditanda dengan betul. Ini meningkatkan masa tindak balas pemandu, di mana pemandu tersebut boleh mengendalikan kenderaan dengan selamat dan boleh menilai dari jauh sama ada kenderaan dihadapannya berhenti atau bergerak perlahan; yang akan menyumbang kepada keselamatan di jalan raya dan mengurangkan kemalangan,” kata Pengurus Besar Safety & Graphic Business Group, GT Lim. 3M™ Diamond Grade™ (DG3) Conspicuity Marking menonjolkan teknologi kiub sepenuhnya dengan optik yang berkesan yang akan memberikan tanda yang lebih terang untuk pengguna jalan raya berbanding pelekat pemantul cahaya yang tidak mematuhi piawaian. Penanda kenderaan ini dibuat dengan kemasan yang kukuh supaya dapat dilekatkan dengan mudah pada permukaan yang licin dan rata. Dihasilkan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, 3M™ Diamond Grade™ (DG3) Conspicuity Marking direka untuk tahan lasak, supaya dapat bertahan dengan keadaan cuaca di Malaysia. Tiong Nam Logistics Holdings Berhad, salah sebuah penyedia perkhidmatan logistik menyeluruh yang terbesar di Malaysia, adalah di antara syarikat pertama yang memberi jaminan untuk melengkapkan semua kenderaan perdagangannya dengan pelekat pemantul cahaya yang mematuhi peraturan JPJ. “Dengan barisan lebih 2,000 trak, Tiong Nam komited untuk memastikan budaya kecemerlangan perkhidmatannya dengan mematuhi peraturan baru, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggannya,” kata Encik Ong Yoong Nyock, Pengarah Urusan Tiong Nam Logistics. Pengguna kini boleh membeli pelekat pemantul cahaya 3M dari pengedar 3M berdaftar dan wakil jualan mereka. Mulai Januari 2017, 3M™ Diamond Grade™ (DG3) Conspicuity Marking boleh dibeli di Pusat Puspakom utama di seluruh negara. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan di mana harga bagi produk standard adalah di antara RM60-70. Harga yang lebih rendah boleh didapati dengan pembelian pukal. Untuk maklumat lanjut mengenai pelekat pemantul cahaya untuk kegunaan lori, sila lawati  www.3M.com.my/lorrymarking. 3m-05