Naza Italia memperkenalkan Maserati Ghibli terbaharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bayangkan kereta sedan empat pintu yang serba mewah dengan enjin dari Ferrari. 01-maserati-ghibli Inilah ciri utama kereta Maserati Ghibli dan Ghibli S terbaharu yang diperkenalkan oleh pengimport dan pengedar jenama Maserati di Malaysia, Naza Italia. 05-maserati-ghibli-s Kedua-dua model Ghibli ini menggunakan enjin yang dibina oleh Ferrari, iaitu enjin 3.0-liter V6 turbo berkembar yang disambung pada kotak gear automatic 8-kelajuan jenis ZF. 1461798093_562_2017-maserati-ghibli-release-date-news-and-rumors Model Ghibli terbaharu menawarkan kuasa kuda 350 bhp, kenaikan sebanyak 20 bhp dari model lama. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kmj dalam hanya 5.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 267 kmj. 12-maserati-ghibli 22-maserati-ghibli-s Ghibli S pula berkuasa kuda 410 bhp, membolehkan ia memecut dari 0-100 kmj dalam 5.0 saat dan mencapai kelajuan maksimum 285 kmj. Model Ghibli sebenarnya berkongsi banyak ciri-ciri dengan model lebih mahal Quattroporte, terutamanya bahagian chassis, tataletak suspensi, enjin V6 dan kotak gear ZF nya. 13-maserati-ghibli 14-maserati-ghibli 23-maserati-ghibli-s 24-maserati-ghibli-s Beza yang ketara ialah dimensinya yang berukuran 293mm lebih pendek dan 50kg lebih ringan dari Quattroporte. 17-maserati-ghibli-s 07-maserati-ghibli Berat bahagian depan dan belakang kereta model Ghibli terbaharu ini seimbang - 50:50 - memberikan dinamik pengendalian yang mirip kereta sports dua pintu. 07-maserati-ghibli-s 11-maserati-ghibli Tahap keselamatan penumpang juga amat tinggi, diiktiraf lima bintang oleh Euro NCAP. Harga Maserati Ghibli & Ghibli S masing-masing bermula dari RM618,800 and RM708,800, termasuk 3 tahun/60,000km pakej servis.