Pertandingan Eco-Challenge kembali untuk tahun 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perodua hari ini mengumumkan pertandingan Perodua Eco Challenge 2017 sebagai sebagai salah satu dari program Tanggungjawab Korporat (Corporate Responsibility) utama syarikat tersebut. Perodua Eco Challenge 2017 (PEC 2017) akan menjadi lebih unik dan lebih istimewa dari pertandingan sebelum ini kerana beberapa perubahan pada format telah dilakukan. Menurut Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, format baharu memastikan bahawa institusi pendidikan yang bertanding akan menghasilkan bahagian kenderaan yang mempunyai elemen ECO (Environment, Creativity dan Originality). "Bahagian yang dicipta oleh institusi-institusi tersebut akan dikaji dan mungkin akan digunakan dalam model-model Perodua yang baharu," ujar Aminar. Perodua Eco Challenge bermula pada tahun 2009 dan menawakan satu peluang kepada penuntut dan fakulti dari institusi pendidikan tempatan untuk menampilkan kebolehan dan kreativiti teknikal mereka dalam bidang rekabentuk, kejuruteraan dan konsep perniagaan. Mereka juga boleh bertanding sesama sendiri bagi mewujudkan suasana kompetitif yang sihat. Dari tahun 2009 ke 2013, Perodua Eco Challenge memberi penekanan terhadap modifikasi yang dilakukan kepada model-model Perodua yang sedia ada untuk dijadikan sebuah kenderaan baharu yang mempunyai kadar penggunaan bahan bakar yang lebih menjimatkan. [caption id="attachment_21396" align="aligncenter" width="620"]Gambar dari UKM. Pertandingan Perodua Eco Challenge sebelum ini. Gambar dari UKM.[/caption] Pertandingan sebelum ini juga lebih bertumpu kepada perlumbaan jarak - sejauh mana kenderaan mereka mampu bergerak dengan satu liter bahan bakar. Untuk tahun 2017, pertandingan tersebut akan memberikan lebih fokus kepada bidang R&D (penyelidikan dan pembangunan) dan setiap pasukan akan bekerja rapat dengan pasukan R&D Perodua dan vendor-vendor Perodua. Sebanyak 21 pusat pendidikan tinggi telah dijemput untuk bertanding di dalam cabaran fasa pertama Perodua Eco Challenge yang berlangsung bulan November lalu dan 10 pasukan telah berjaya disenarai-pendekkan hari ini untuk meneruskan cabaran dalam PEC2017. Perodua memberikan geran kewangan sehingga RM15,000 untuk membantu setiap pasukan membina konsep yang telah mereka cadangkan. Namun begitu, setiap vendor akan turut membantu dalam pembinaan prototaip tersebut, dan ini akan membantu mengurangkan kos yang perlu dikeluarkan oleh setiap institusi. "Idea-idea mereka mesti mempunyai elemen "Malaysia unik" agar produk itu berbeza dari model-model yang ada dipasaran," Aminar berkata. Fungsi pasukan R&D Perodua dan para vendor ialah sebagai penasihat dan juga membimbing mereka dalam kepentingan budaya kerja yang betul, prosedur dan proses. perodau-eco-challenge-2017-2-careta "Kami yakin tunjuk ajar dari pihak R&D Perodua dan vendor-vendor kami mampu membantu mereka dalam pembelajaran dan juga kehidupan seharian mereka." Sebuah pasukan hakim yang telah ditubuhkan akan melihat dan mengkaji setiap prototaip produk 10 kumpulan peserta. Penghakiman akan berlangsung dalam bulan Disember 2017 dan markah akan diberikan secara berperingkat berdasarkan progres projek dan penglibatan berkumpulan. "Idea utama PEC2017 ialah untuk memperkasakan generasi muda melalui pendidikan dan elemen-elemen "real-world" seperti pertandingan dan proses pembangunan konsep perniagaan global, untuk kemajuan negara," ujar Aminar lagi. Aminar juga berkata PEC 2017 ini akan membantu negara mencapai objektif Dasar Automotif Nasional 2014. Careta berpendapat bahawa projek-projek seperti ini memang sangat menguntungkan generasi pelajar muda sekarang dan ia juga satu dasar yang baik untuk menerapkan nilai-nilai budaya kerja Jepun yang digunakan oleh Perodua dalam memastikan jenama itu sentiasa menjadi syarikat kenderaan nombor satu negara. Ia juga peluang kepada universiti untuk terus bekerjasama dengan vendor-vendor otomotif tempatan. Untuk belajar, belajarlah dari yang terbaik dan prestasi perniagaan Perodua membuktikan bahawa ia adalah jenama kenderaan paling kukuh di Malaysia. Di bawah ialah 10 institusi pendidikan yang berjaya ke preingkat akhir PEC2017 1. Universtiti Teknologi Petronas 2. Universtiti Kuala Lumpur 3. Universtiti Kebangsaan Malaysia 4. Universtiti Teknologi Mara 5. Politeknik Ungku Omar 6. Universtiti Malaya 7. Universtiti Teknologi Malaysia 8. UniverstitiTeknikal Malaysia Melaka 9. Universtiti Malaysia Sarawak 10. Universtiti Malaysia Pahang Kategori dan hadiah Kategori Rekabentuk 1. RM2,000 2. RM1,500 3. RM1,000 Kategori Kertas Kerja 1. RM7,000 2. RM5,000 3. RM3,000 Kategori Pembangunan Komponen 1. RM10,000 2. RM8,000 3. RM6,000 Kategori Keseluruhan 1. RM20,000 2. RM12,000 3. RM8,000