Honda MSX 125 kini tiba

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan model pertama cc rendah menyeronokkannya iaitu Honda MSX 125. MSX125 telah menjadi hit di seluruh dunia dan Honda mengharapkan untuk mewujudkan satu lagi trend di Malaysia bagi motosikal yang mudah untuk digunakan, menyeronokkan dan berfungsi direka untuk disesuaikan dengan kehidupan seharian ini. Berdimensi nipis dan fairing anggun membolehkan pengendalian mudah melalui lalu lintas sesak di bandar dan mudah untuk muat ke ruang letak basikal sekalipun. MSX 125 ini dikuasakan oleh 125cc satu silinder enjin 4 lejang sejukan cecair yang memberikan kuasa maksimum 9.6 hp pada 7,000rpm dan tork maksimum 11Nm pada 5,250rpm. MSX 125 menyediakan bekalan bahanapi sebanyak 5.7 liter dan dengan menggunakan sistem program suntikan bahanapi berkesan - Fuel Injection (PGM-FI). Ia juga memenuhi standard enjin Euro 3. Casis MSX 125 ini dibina daripada kerangka tulang belakang mono keluli amat kuat dan tahan lama yang memberikan pengendalian yakin dalam semua keadaan. Rangka kapcai ini adalah cukup tegar tetapi fleksibel untuk membolehkan tahap keliutan tertentu namun masih membolehkan ia untuk lebih bertindak balas kepada perubahan di jalan raya. Ia nya berdimensi 1755 (panjang) x 730 (lebar) x 1,000mm (tinggi) yang membuatkan MSX 125 ini sangat mudah untuk dikendalikan dan dikemudi melalui lalu lintas yang sesak. Turut disediakan adalah paparan LCD digital komprehensif dengan meter kelajuan, meter perjalanan berkembar, tolok bahan api dan juga jam. [caption id="attachment_21386" align="alignnone" width="620"]16YM MSX125 Harga pengenalan untuk MSX 125 adalah RM11,128.94 (termasuk GST), dengan jaminan pembuatan 2 tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). MSX 125 didatangkan[/caption] dalam dua pilihan warna iaitu Kuning Hiper dan Merah Menyala. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Boon Siew Honda Bebas Tol nombor di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi - 5 petang, kecuali cuti umum). [caption id="attachment_21390" align="alignnone" width="184"]16YM MSX125 16YM MSX125[/caption] [caption id="attachment_21389" align="alignnone" width="300"]16YM MSX125 16YM MSX125[/caption] [caption id="attachment_21388" align="alignnone" width="250"]16YM MSX125 16YM MSX125[/caption] [caption id="attachment_21391" align="alignnone" width="300"]16YM MSX125 16YM MSX125[/caption] [caption id="attachment_21387" align="alignnone" width="300"]16YM MSX125 16YM MSX125[/caption]