Go Auto sasar jadi hab EV di Asia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Malaysia telah menetapkan sasaran 1 juta jumlah jualan industri (TIV) menjelang 2020, di mana10 peratus daripadanya ialah kenderaan EV iaitu  kenderaan elektrik, selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP). Menyedari peluang pembangunan NAP yang disediakan ini, Go Automobile Manufacturing (Go Auto) telah memeterai Perjanjian Teknikal dengan Fukuta Electric & Machinery Company Ltd Taiwan (Fukuta) baru-baru ini untuk  membangunkan ekosistem kenderaan elektrik (EV). Perjanjian ini menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar dan komponen EV di pasaran ASEAN. Majlis perjanjian Go Auto-Fukuta disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato' SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamal bersama Pengarah Urusan Fukuta, Gordon Chang dalam lawatan kerja yang berlangsung pada 21 hingga 26 November 2016.

Penglibatan Go Auto dalam membangunkan EV dan komponen berteknologi tinggi adalah hasil daripada Program STRIKE yang dianjurkan oleh MIGHT Technology Nurturing. STRIKE adalah satu program bersepadu baharu dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 yang bertujuan membuka peluang kepada syarikat tempatan bagi memajukan industri Teknologi Hijau. STRIKE memfokuskan kepada empat kluster utama iaitu Tenaga Boleh Diperbaharui (solar), Mobiliti Hijau, Bahan Bio-Degradasi dan Bandar Pintar. Go Auto mengetuai kluster Mobiliti Hijau semasa program STRIKE dijalankan memandangkan Go Auto adalah syarikat peneraju utama yang membangunkan ekosistem EV.

[caption id="attachment_21373" align="alignnone" width="620"]photo-2 (Dari kiri) Datuk Adeline Leong, Jong Chin Shen, Gordon Chang, Dato' SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin Kamil, Dato' Ir. Hj. Mohamad Dalib, Wan Ahmad Wan Omar dan Nurullydia Ahmad.[/caption]