Demak edar MV Agusta di Malaysia

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Satu perjanjian telah ditandatangani oleh MV Agusta SPA dan DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd bagi memeterai kerjasama kedua-dua pihak untuk hak pengedaran motosikal MV Agusta di Malaysia. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Encik Judah Sangaran, Far East Country Manager MV Agusta Motor SpA dan Cik Hu Ying, Pengarah Eksekutif, DNC Asiatic Holdings. img_1604 Motosikal MV Agusta di Malaysia akan diedarkan oleh Moto Varese Asiatic Sdn Bhd yang akan menawarkan varian terpilih kesemua lapan model semasa dalam barisan produk MV Agusta. Pelantikan Moto Varese Asiatic Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi MV Agusta  telah disempurnakan dengan majlis menandatangani perjanjian antara kedua dua pihak oleh Cik Hu Ying, Pengarah Eksekutif, DNC Asiatic Holdings dan Encik Muhamad Zamry Abu Samah, Pengarah Urusan, Moto Varese Asiatic Sdn Bhd bagi pihak syarikat masing-masing. Sebuah bilik pameran eksklusif baharu yang lengkap dengan pusat 3S akan dibuka di Batu Caves, Selangor. Untuk meningkatkan manfaat pemilikan, Moto Varese Asiatic Sdn Bhd akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan dan mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan, dengan Kempen Servis khas yang akan dijalankan pada enam bulan pertama mereka beroperasi. MV Agusta merupakan pengeluar motosikal Itali yang terkenal dengan sejarah perlumbaannya, dan mengeluarkan pelbagai jenis motosikal, dari jenis supersport kepada motosikal 'naked' dan juga jenis kembara atau touring. Barisan semasa jenama ini terdiri dari model F4, F3, Brutale, Brutale Dragster, Rivale, Stradale dan Turismo Veloce. Pengeluar motosikal ini terkenal ini turut bersaing dalam Kejohanan Superbike Dunia dengan superbike F4 RC 1000cc , dan dalam kategori Supersport Championship Dunia dengan  sportbike F3 675 tiga silindernya. dragster-800-rr f4 turismo-veloce-rc rivale-800 MV Agusta Holding diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Giovanni Castiglioni, dan kesemua motosikal mereka direka bentuk di Pusat Penyelidikan Castiglioni (C.R.C.) di San Marino. Kini, jenama MV Agusta tampil kukuh dalam dunia dua roda, dan diwakili oleh 408 peniaga di seluruh dunia melalui rangkaian 50 pengimport dan pengedar. MV Agusta telah merekodkan jualan sebanyak 5,020 unit motosikal dalam tahun 2016 dan mensasaran jualan sebanyak 5,432 unit bagi tahun 2017 akan datang. DNC Asiatic Holdings dan anak syarikat mereka "Kumpulan Demak" telah mencipta kejayaan dalam industri motosikal Malaysia yang sangat tinggi persaingannya,  dengan memiliki kilang pemasangan di Malaysia Barat dan juga Malaysia Timur, yang diluluskan untuk memasang motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 500cc. DNC Asiatic Holdings tidak hanya mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia, malahan juga di Colombo, Sri Lanka. Kedua-dua kilang mereka di Kuching, Sarawak, dan di Olak Lempit, Selangor, menjalankan operasi pemasangan motosikal, penyelidikan dan pembangunan (R & D), bilik pameran, dan juga pusat servis untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia Barat dan timur, disamping memenuhi keperluan pasaran antarabangsa. Menyedari peluang untuk menjadi pengedar sebuah jenama terkenal di peringkat antarabangsa dalam segmen motosikal besar, DNC Asiatic Holdings kini mematerai satu perjanjian dengan MV Agusta Motor S.p.A. untuk mengedarkan jenama terkenal dunia tersebut sebagai langkah penting untuk menjadi salah satu dari pemain utama dalam industri motosikal antarabangsa. Langkah ini juga akan menjadi platform pembelajaran teknikal dan reka bentuk unggul bagi Demak Motor. MV Agusta Holding yang merupakan pemegang saham utama MV Agusta MOTOR SPA, baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Black Ocean Group, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa, untuk peningkatan modal dalam MV Agusta. Permodalan semula pengeluar motosikal Itali yang terkenal di dunia ini bertujuan untuk menyatukan kepimpinan dan pelan penstrukturan semula syarikat dalam pengeluaran motosikal di bawah jenama MV Agusta. Black Ocean adalah kumpulan pelaburan dengan aktiviti pelaburan teknologi perniagaan pelbagai yang merangkumi penerbangan swasta, hartanah dan pertanian. Cabang pelaburan Ocean Group ini diketuai oleh Oliver Ripley dan Timur Sardarov. Black Ocean merupakan pelabur utama dalam syarikat penyewaan jet swasta Ocean Sky, yang berpusat di UK. Melalui penajaan melalui Ocean Sky, Kumpulan Ocean juga telah melabur dalam filem James Bond "Quantum of Solace".