Azlan, Zaqhwan kekal cabar trio Thai

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Pasukan Yamaha Thailand Racing telah mendominasi sesi kelayakan pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dengan dua pelumba, Chalermpol Polamai dan Apiwat Wongthananon mencatat masa terpantas dalam kategori masing-masing di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.
[caption id="attachment_21192" align="alignnone" width="620"]chalermpol-faastest-in-qualifying Chalermpol terpantas dalam sesi kelayakan[/caption]
Trio yang diketuai Chalermpol, Decha Kraisart dan Anuchai Nakcharoensri menguasai ketiga-tiga barisan hadapan dalam kategori SuperSports 600cc setelah Chalermpol mencatat masa terpantas yang juga rekod baharu litar dengan catatan 1'38.547s diikuti Decha, 1'38.569s dan Anucha, 1'38.901s. Pemenang pusingan kelima di India, Anthony West (Akeno Speed WJR kekal memberikan cabaran apabila mencatat masa keempat terpantas dengan masa 1'39.182s. Empat pencabar utama kejuaraan kekal memberikan cabaran dengan juara bertahan, Yuki Takahashi mencatat masa kelima terpantas, 1'39.377s diikuti dua pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan Md Zaqhwan Zaidi yang akan memulakan perlumbaan dari petak keenam dan ketujuh dengan catatan masa 1'39.411s dan 1'39.476s. Pendahulu keseluruhan, Tomoyoshi Koyama di petak kelapan dengan masa 1'39.506s.
Meskipun mencatat masa terpantas litar dengan kelebihan satu saat berbanding catatan rekod lama milik Takahashi, Chalermpol yang juga merupakan juara perlumbaan All Japan tetap merasakan perlu bekerja keras untuk kekal konsisten pada saingan Perlumbaan 1, esok. "Kombinasi saya dan Decha serta pemilihan tayar dan pelarasan yang tepat membantu kami untuk mendapatkan masa yang pantas. Namun, pada perlumbaan esok, saya perlu mengatur strategi yang tepat dan perlu mendapatkan kedudukan yang baik sebaik perlumbaan bermula. Saya mahu memenangi perlumbaan di hadapan peminat tempatan namun saya jangka saingan daripada pelumba lain terutama keempat-empat pelumba yang bersaing mengejar kejuaraan pasti sengit. Semua pelumba di belakang kami mempunyai pengalaman beraksi di kejuaraan peringkat dunia dan tiga daripadanya pernah memenangi gelaran SuperSports 600cc sebelum ini," jelas Chalermpol. Dalam saingan Asia Production 250cc, juara keseluruhan, Apiwat terus mengekalkan rentak terbaik apabila mencatat masa terpantas dengan masa 1'55.203s manakala pelumba Malaysia dari pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor, Md Haziq Md Fairues menguasai sesi kelayakan Superpole kategori Underbone 130cc dengan catatan terpantas 2'09.533s sekaligus bakal memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.
Keputusan Sesi Kelayakan
SuperSports 600cc
1. Chalermpol Polamai (THA) Yamaha 1'38.547s
2. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1'38.569s
3. Anucha Narkcharoensri (THA) Yamaha 1'38.901s
4. Anthony Keith West (AUS) Yamaha 1'39.182s
5. Yuki Takahashi (JPN) Honda 1'39.377s
* Selected MAS
6. Azlan Shah Kamaruzaman MAS) Kawasaki 1'39.411s
7. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1'39.476s
16. Zulfahmi Khairuddin (MAS) Kawasaki 1'40.134s
 
Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 1'55.203s
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 1'55.427s
3. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1'55.809s
4. Vorapong Malahuan (THA) Honda 1'55.838s
5. Ayumu Tanaka (JPN) Kawasaki  1'55.914s
 
Underbone 130cc (Superpole) 1. Md Haziq Md Fairues (MAS) Yamaha 2'09.533s 2. Wahyu Aji Trilksana (INA) Yamaha 2'09.888s 3. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 2'10.040s 4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 2'10.356s 5. Florianus Roy Brolyan (INA) Yamaha 2'10.555s