Jaguar Land Rover kini di utara

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pemilik dan peminat kenderaan Jaguar dan land Rover di utara tentunya gembira dengan pembukaan SISMA Auto (Utara) Sdn Bhd, yang telah dilantik oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif bagi dua jenama automotif mewah itu di sana. Cawangan SISMA yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang ini merupakan cawangan ketiga bagi SISMA Auto selepas pusat 3S utamanya di Glenmarie dan bilik pameran mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bilik pameran di utara tanahair itu melengkapkan kewujudan pusat servis Jaguar Land Rover SISMA Auto Utara di Sungai Pinang yang telah beroperasi sejak 2015. Pengurus jualan SISMA Auto Utara, Eric Ooi memberitahu bahawa bilik pameran di Pulau Pinang ini akan mempamerkan barisan produk semasa Jaguar dan Land Rover termasuklah Jaguar F-PACE serba baharu. Ooi menambah bahawa bilik pameran dan pusat servis baharu ini akan menyediakan perkhidmatan kepada sekumpulan besar pemilik Jaguar dan Land Rover sedia ada di wilayah utara. Berempena pembukaan bilik pameran baharu ini, SISMA Auto Utara akan mengadakan Karnival Hujung Minggu Jaguar dan Land Rover pada 3 dan 4 Disember 2016 dari 10 pagi hingga 5 petang. Rebat tunai hebat turut ditawarkan bagi model-model terpilih termasuklah model salun sport kompak Jaguar XE (rebat sehingga RM25,000) dan salun sport XF (rebat tunai sehingga RM60,000), Range Rover Evoque yang bergaya (rebat tunai sehingga RM80,000) dan SUV tujuh tempat duduk Land Rover Discovery Sport (rebat tunai sehingga RM100,000). Untuk pertanyaan mengenai produk, pandu uji dan perkhidmatan selepas jualan, sila hubungi SISMA Auto Utara di 04-226 2279 (Jualan) dan 04-288 1155 (Servis). l-r-datuk-aishah-tuan-syed-hussain-syed-khalil-and-dato-sri-tan-with-the-f-pace