Vanguard - bakal menjelma di New York

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pameran Motosikal New York akan menyaksikan pelancaran sebuah motosikal konsep yang boleh dikatakan modern, ringkas tetapi akan menyebabkan setiap jurutera teruja umpama disapa oleh Anzalna Nasir (dan selepas itu disergah oleh suaminya). Vanguard Motorcycles akan melancarkan model Roadster ini yang dibina berasaskan sebuah enjin V-Twin SS dengan isipadu 1,917 cc. Dengan rekaan bertemakan “metal”, Vanguard kelihatan seperti menggunakan komponen yang dilarik dari bongkah-bongkah besi. vanguard-roadster-13 Jika anda rasa anda pernah melihat motosikal ini tetapi di mana ya, anda tidak tersalah anggap. Ketua Pegawai Teknologi untuk Vanguard ialah Edward Jacobs, dan beliau ialah bekas Pengarah Rekabentuk untuk Confederate, sebuah syarikat yang menghasilkan motosikal konsep custom. Malah, Ketua Pegawai Operasi Vanguard, Francois-Xavier Terny juga pernah menjadi salah seorang dari ahli Lembaga Pengarah Confederate dan ya, beliau tidak ada kena mengena dengan Dr Xavier di dalam cerita X-Men. Kesemua komponen pada Vanguard Roadster ini direka agar nampak kukuh dan “solid”, dari triple clamp di bar hendal hadapan ke lengan ayun gergasi di belakang dan roda aluminium belakang untuk memuatkan tayar sebesar 240. vanguard-roadster-17 Sistem gantungan belakang jenis Ohlins “disimpan” dalam sebuah kebuk besi dengan tingkap - tidak dibuat orang tetapi kenapa tidak kerana apa yang terjadi ialah sistem gantungan itu berjaya diasingkan sepenuhnya dari kotoran jalanan. Kenny Yeoh dari Kenstomoto pasti berbangga dengan konsep enam lampu LED kecil yang digunakan oleh Vanguard ini kerana sama konsep dengan motosikal-motosikal rekaan Kenny (menggunakan teknologi LED). Berat yang disasarkan untuk Roadster ini ialah 250 kg dan harga yang dicadangkan ialah USD$29,995 (RM133,208.00 sebelum cukai). Sebenarnya, tidak begitu mahal berbanding dengan motosikal Confederate dahulu. [caption id="attachment_21162" align="aligncenter" width="900"]vanguard-roadster-34 Corong ekzos paling pelik pernah kami jumpa.[/caption]   Pengeluaran dijangka bermula pada tahun 2018, bermakna anda perlu meletakkan tempahan anda sekarang kerana dengan harga itu dan syarikat kecil seperti Vanguard ini, pengeluaran bakal menjadi sangat terhad. Apapun, Careta yakin ramai dari pemilik itu akan jarang menunggangnya dan bakal menghabiskan berbotol-botol Autosol untuk mengilatkan Roadster ini.   [gallery size="medium" ids="21163,21164,21165,21166,21167,21168,21169,21170,21171,21172,21173,21174,21175,21176,21177,21178,21179,21180,21181,21182"]