Toyota tambah dua varian Camry

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan dua varian baharu untuk model segmen D mereka, Camry. Kedua varian baharu itu ialah Camry 2.5 Hybrid Premium dan Camry 2.0G X, dan ia diletakkan di antara varian Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Camry 2.0E. Di bawah ialah harga-harga atas jalan terkini kesemua varian Toyota Camry.
  • Camry 2.5 Hybrid Luxury - RM174,900
  • Camry 2.5 Hybrid Premium - RM164,900
  • Camry 2.0G X - RM159,900
  • Camry 2.0E - RM152,900
Toyota juga menambah aksesori pada Camry 2.5 Hybrid Luxury. Ia kini dilengkapi dengan sistem audio JBL dengan 12 pembesar suara Green Edge dan efek bunyi Surround 5.1 Channel. Untuk Camry 2.0G X, ia sekarang datang dengan pengecaj tanpa-wayar Qi untuk memudahkan penumpang mengecaj telefon bimbit atau tablet tanpa sambungan kabel. 1-04-gx-key-dashboard_client Selain dari itu, Camry 2,0G X juga mendapat warna baharu di bahagian kabin - coklat gelap dan panel kayu Mughal Teak serta jahitan benang dan trim warna perak. Kesemua varian Camry juga mendapat penutup bawah tuil gear dari bahan kulit premium. Pelindung matahari di cermin belakang (rear windscreen) kini dipasang terus untuk varian Camry 2.5 Hybrid Luxury, 2.5 Hybrid Premium dan 2.0G X. Pelindung tersebut boleh digerakkan dengan menekan satu butang pada papan pemuka. Pelindung matahari pada tingkap sisi belakang pula digerakkan secara manual. 2-camry-gx-cut-car-2016_clear-sky Model 2.5 Hybrid Premium dan 2.0G X menerima tambahan butang untuk mengawal tempat duduk penumpang hadapan agar penumpang VIP di belakang boleh mengubah kedudukan tempat duduk hadapan untuk lebih ruang di kaki. Kedua-dua varian Camry Hybrid itu pula dipasang dengan perakam video digital (Digital Video Recorder atau DVR) sebagai alatan standard. Alat ini walaubagaimanapun ialah optional untuk varian 2.0L X dan E. Bahagian luar tidak mengalami sebarang perubahan ketara, kecuali penampahan lampu kabus hadapan jenis LED untuk kedua-dua varian Hybrid. Roda aloi untuk Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Camry 2.0G X menggunakan roda aloi 17 inci sementara yang baki menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci. 8-camry-brochure-03-hybrid-front-quarter Untuk kedua-dua model hibrid itu, lapisan filem Toyota premium Security and Solar dipasang sebagai standard dan ia lulus JPJ. Kesemua Camry datang dengan jaminan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan dan waranti ini boleh dipindahkan ke pemilik kedua. Pek bateri untuk model hibrid pula mempunyai waranti selama lapan tahun. Camry adalah antara model sedan dalam segmen D yang dilengkapi dengan pelbagai alatan keselamatan. Contohnya,  sistem Active Safety yang merangkumi Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC), Hill Start Assist Control (HAC) dan ditambah dengan tujuh beg udara, termasuk satu untuk bahagian lutut pemandu. Toyota Camry juga diberi penghargaan Anugerah Teknologi Keselamatan dengan sistem Toyota Blind Spot Monitor (BSM) yang ada pada Camry Hybrid 2.5 Hybrid Luxury. Ia mampu mengesan kenderaan di kiri dan kanan kenderaan, antara 3 meter di belakang bamper belakang atau 1 meter di hapadan bumper belakang juga. Paling penting, ia mampu mengesan kehadiran motosikal di kiri kanan Camry itu bila sedang bergerak. Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-8-TOYOTA (869682). 9-camry-brochure-02-gx-front