Jeyawara Peugeot di Queensbay tampil 208 dan 2008 PureTech

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd kini menganjurkan jerayawara Peugeot Let Your Body Drive (LYBD) Roadshow di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 1-04 Disember.  Orang awam terutamanya peminat Peugeot akan dapat melihat sendiri Peugeot 208 PureTech dan 2008 SUV PureTech yang dipertontonkan buat kali pertama di Malaysia pada pameran ini. Tempahan untuk kedua-dua model akan dibuka untuk pelanggan yang berminat semasa pameran itu. Kedua duanya dikuasakan oleh enjin pemenang anugerah serba baharu Peugeot PureTech. Pelawat yang datang ke jerayawara LYBD di Queensbay Mall Pulau Pinang juga boleh mengambil peluang untuk menguji pandu pelbagai kereta Peugeot seperti 308 THP, 408 Turbo dan 508 THP. Selain itu, pengunjung juga akan disajikan dengan kopi segar percuma untuk setiap ujian memandu. Acara mesra keluarga juga disediakan untuk golongan yang lebih muda, dengan sudut kanak-kanak berdedikasi khas dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang dirancang sepanjang tempoh pameran itu. photo-4 photo-3