Pelumba baharu MV Agusta untuk WSS 2017

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kejohanan Supersport Dunia (World SuperSport) dalam WSBK 2017 akan menyaksikan pelumba Amerika Patrick "PJ" Jacobsen akan beralih dari Honda kepada pasukan MV Agusta Reparto Corse. Jacobsen telah menjalani ujian dengan MV Agusta pada ujian WSBK baru-baru ini di Jerez, di mana beliau telah menunggang MV Agusta F3 675 begitu cemerlang sehinggakan pengilang Itali itu menawarkan kontrak kepadanya. Langkah berpindah ke MV Agusta diharapkan akan berfaedah untuk Jacobsen yang akan memulakan musim penuh keempat dalam Kejohanan Supersport Dunia. PJ merupakan naib juara 2015 dan menamatkan musim 2016 di tangga keempat keseluruhan. MV Agusta F3 675 telah terbukti sebagai sebuah jentera berkebolehan, dan WSBK musim 2017 tentunya akan menjadi satu kejohanan yang menarik untuk diikuti. Kedudukan kewangan MV Agusta seperti selalu sentiasa menjadi topik perbualan, dan pasukan Reparto Corse masih perlu mencari penyelesaian elektronik, kerana di bawah peraturan Supersport pasukan itu tidak boleh menggunakan sepenuhnya elektronik MVICS yang dibekalkan dengan jentera standard mereka.