Apa yang anda perlu tahu tentang topi keledar (helmet)

oleh Careta.my|
Semakin ramai yang menunggang motosikal sekarang.

Ada yang atas nama hobi, tetapi lebih ramai yang menunggang motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja. Keadaan lalu lintas yang semakin sesak dan kos penyelenggaran kereta (termasuk parkir dan tol) menjadikan motosikal sebagai satu mod yang menarik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Penjimatan masa juga antara faktor utama; anda mempunyai lebih masa di rumah dan tidak terlalu tertekan dengan kesesakan jalanraya. Namun begitu, risiko menunggang memang lebih tinggi dan kerana itu, alatan keselamatan wajib diutamakan.

 

Antaranya adalah topi keledar atau helmet.

 

Sayang sekali apabila kita masih melihat ada antara kita memakai topi keledar kerana malas disaman, dan menganggap topi keledar itu sebagai satu kesusahan. Bagi mereka yang lebih matang dan faham kenapa ia perlu dipakai, di bawah ialah sedikit informasi tentang topi keledar yang boleh menyelamatkan anda.

 

helmet-picture-careta

 

A. Ventilation atau lubang pengudaraan

Untuk cuaca di Malaysia, ini antara perkara penting untuk helmet kerana cuaca yang terlalu panas mampu membuatkan berkuap dan mengganggu keselesaan anda. Cari helmet yang mempunyai pengudaraan yang baik dan pastikan lubang-lubang itu boleh ditutup sempurna ketika hujan.

 

 

B. Flip-front helmet

Helmet begini semakin popular, walaupun ada yang berkata ia merbahaya. Dulu mungkin kerana tidak banyak jenama helmet menawarkan versi flip-front tetapi sekarang ini, hampir kesemua jenama helmet mempunyai model flip-front kerana ia popular di antara pengguna motosikal harian.

Ia lebih mudah dipakai (bagus untuk penunggang wanita) dan bila panas, boleh dibuka ketika menunggu lampu hijau.

 

 

C. Visor dalam

Kebanyakan helmet sudah ada visor gelap terbina di dalam. Ini lebih mudah kerana kita tidak perlu menukar visor hadapan seperti dahulu. Visor sangat berguna pada hari yang panas kerana ia mengurangkan silau dan tidak memenatkan mata.

 

 

D. Tali dan pengikat

Pengikat paling bagus sebenarnya ialah dari jenis D-ring, seperti helmet dahulu di mana anda kena masukan tali ke dalam dua gelang besi itu. Sekarang ini, untuk memudahkan pemakaian, ada pelbagai pengunci yang lebih mudah. Namun begitu bagi kami, D-ring adalah cara paling mudah, dan paling selamat. Cuma pastikan ia dijaga agar tidak berkarat.

 

 

E. Visor

Ada pelbagai jenis visor dipasaran dan warna, tetapi jika mahu sesuautu yang praktikal, guna warna yang cerah dan bila silau, pakai cermin-mata gelap di dalam. Visor yang gelap sangat merbahaya digunakan ketika malam. Memang ia cantik tetapi objektif helmet ialah untuk menyelamatkan nyawa.Helmet baharu sekarang ada yang datang dengan sistem Pinlock, di mana ada pin pemegang untuk memasang selapis lagi visor di dalam agar tidak berkabus.

 

 

F. Saiz

Anda harus faham, setiap jenama pengeluar helmet mempunyai saiz yang berlainan dan bentuk kepala orang Asia berbeza dengan bentuk kepada orang Eropah. Oleh itu, jika anda mahu membeli helmet secara online, pastikan anda sudah mencuba saiz yang betul pada helmet dari jenama yang sama dahulu. Seringkali ramai yang membeli helmet mendapat saiz yang tidak tepat dan ini merbahaya, terutama bila menunggang laju. Helmet tidak sepatutnya longgar, atau terlalu ketat.

 

 

G. Bluetooth

Sekarang ini, banyak yang menggunakan sistem Bluetooth pada helmet mereka. Samada untuk berkomunikasi dengan rakan lain semasa menunggang, atau untuk mendengar lagu dari iPod atau untuk menjawab panggilan telefon. Apapun, tidak ada helmet yang datang terus dengan sistem Bluetooth. Ia perlu dibeli secara berasingan. Nasihat kami, jika anda mempunyai telinga yang capang, speaker atau pembesar suara yang ditampal di sisi helmet mungkin akan menyebabkan cuping telinga anda sakit.

 

 

H. Warna

Di Eropah, ada ura-ura untuk mewajibkan pemakaian helmet warna terang atau fluorescent seperti di dalam gambar ini. Pastinya ramai akan membantah kerana ia bermaksud helmet replika tidak lagi boleh digunakan. Sebenarnya di Eropah sekarang, warna pilihan helmet lebih kepada warna-warna satu tona seperti putih, hitam, perak dan sebagainya.

 

 

I. Label kelulusan

Pastikan helmet itu mempunyai label ECE R 22-05. Ia adalah piawaian kualiti Eropah dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan piawaian Eropah untuk semua perkara berkaitan dengan kenderaan. Namun begitu, ada juga helmet-helmet palsu yang dibawa masuk dari China. Oleh itu, sentiasa beli dari pembeli yang mempunyai reputasi. Ingat, helmet ialah alatan keselamatan, bukan barangan fesyen.

 

Sempena kedatangan Syawal ini, beli dan sedekahkan kepada kaum famili anda, mereka pasti merasai perhatian dan kasih sayang anda. Kami pasti para bikers lain tentu mempunyai tip-tip atau informasi lain tentang helmet. Dan kami harap mereka sudi berkongsi lebih ilmu di sini untuk kepentingan semua.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…