Hero Himalayan papar semangat kental

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sebuah filem 80-minit khusus untuk para peminat tunggangan Overlanders dan juga Bikers secara am! Sebuah filem pengembaraan motosikal epik yang dilalui anak dan bapa sejauh 4,500km dari India ke Himalaya, yang mengisahkan pengalaman mereka dengan binatang sesat, lori, tebing-tepi, konfrontasi tentera dan ketakutan serta masalah ketinggian. Pengembaraan mereka telah membantu mereka agar lebih menghargai nilai kehidupan. Saksikan landskap yang menakjubkan dan kehidupan di pergunungan Himalaya, termasuklah tersalah jalan sejauh  500km dan melencong ke pergunungan Nepal, jauh dari peradaban dan manusia, dan juga jauh dari bekalan bahanapi. Watak utama dalam filem ini merupakan Adam & Bernie Riemann. Adam meruakan seorang pelumba profesional yang terkenal dengan filem bertaraf dunia. Bapanya, Bernie tidak menunggang motosikal dalam 30 + tahun sebelum ini,  sebelum bertekad untuk menunggang di Himalaya. Bernie meninggal dunia beberapa minggu lalu setelah bertarung dengan penyakit kanser selama 3 tahun. Filem ini bawakan oleh Motowerk Technica & Enduro Park Kuala Lumpur, dan akan ditayangkan pada 9 Disember 2016 (Jumaat) jam 8 malam. Harga tiket adalah RM7 sahaja termasuk minuman bebas-tambah percuma dan juga sedikit kudapan. Tempat: Motowerk Teknikal, 18, jalan PJU 1A / 8, Taman Perindustrian Jaya, Petaling Jaya Lokasi Google Map: https://goo.gl/maps/tMR7eDPC3x52 hero-himalayan