M-Bike lancarkan keluar masuk ke Singapura

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kini lalulintas motosikal Malaysia-Singapura akan lebih lancar dengan perlaksanaan Sistem Kawalan Sempadan Automatik atau dikenali sebagai M-BIKE. Sistem ini akan dikuatkuasakan di kedua-dua pintu keluar masuk Malaysia-Singapura, khusus bagi penunggang dan pembonceng motosikal warganegara Malaysia berdaftar, mulai Rabu ini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan kedua-dua pintu keluar masuk ia itu Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. Sistem ini membolehkan pemeriksaan dokumen perjalanan melalui pintu masuk Malaysia-Singapura dilaksanakan secara automatik dan mengambil masa lapan hingga 10 saat sahaja bagi setiap individu, melalui 100 laluan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI dan 50 laluan di CIQ KSAB. Inisiatif terbaharu kerajaan Malaysia dilaksanakan untuk menambahbaik  situasi trafik di CIQ BSI dan KSAB dalam mengawal keselamatan di pintu masuk negara. Untuk menggunakan sistem ini,  pengguna motosikal perlu mendaftar segera di Pusat Sehenti (OSC) yang beroperasi 24 jam setiap hari di CIQ BSI dan KSAB bagi memastikan mereka dapat menggunakan kemudahan itu. Pendaftaran M-BIKE adalah secara percuma kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memiliki pasport Malaysia antarabangsa yang sah dengan tempoh laku minima enam bulan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.mbike.my atau menghubungi talian 07-2182400 (24 jam).