Young Aces Technical College (YATC) - kolej automotif yang serba lengkap dan moden

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
YATC adalah sebuah kolej karier automotif yang diakreditasi dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia (JPK) Malaysia dan The Institute of the Motor Industry (IMI) dari UK. Ia bertujuan untuk menyediakan latihan teknikal yang berkualiti serta program peningkatan kemahiran automotif yang memenuhi keperluan para majikan masakini dan di masa hadapan. yatc-exterior Kolej berintegrasi seluas 40,000 kps di Segambut, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai kursus kenderaan bermotor seperti: Diploma Antarabangsa IMI dalam Penyelenggaraan Kenderaan Ringan melalui 3 peringkat progresif dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Peringkat 2 dan Peringkat 3. Pengisian kursus-kursus merangkumi mendiagnosis dan membetulkan hingga ke servis dan baikpulih enjin, elektrik, casis, transmisi, unit rangkaian pemacu serta komponen; pengetahuan serta kemahiran mendalam dalam bahan-bahan, fabrikasi, perkakas dan alat pengukuran yang digunakan dalam industri; dan banyak lagi. classrooms Kampus ini dilengkapi dengan peralatan diagnostik automotif terkini serta kereta tempatan, Jepun dan Continental bagi memastikan bahawa para pelajar mendapat kemahiran terkini yang relevan dan bersedia untuk menyertai dunia kerjaya setelah menamatkan pengajian. “Terdapat kira-kira 550,000 orang yang bekerja dalam sektor automotif Malaysia, dan pihak kerajaan telah mengunjurkan bahawa seramai 180,000 orang pekerja akan diperlukan menjelang 2020. Bilangan kereta di atas jalan raya yang semakin meningkat bermakna bahawa perniagaan penyelengaraan dan baik pulih kenderaan memerlukan pakar automotif profesional yang mahir bagi memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berkembang. Kami berhasrat untuk memupuk bakat mahir tempatan dengan latihan berkualiti kami dalam persekitaran pusat servis dunia nyata menggunakan teknologi terkini,” kata Avito Makajil, Ketua Pegawai Eksekutif YATC. yatc-workshop “Kami juga bekerja rapat dengan pemilik perniagaan bagi menyediakan penempatan kerja untuk graduan kami di bengkel-bengkel di seluruh Malaysia. Dengan memahami keperluan masakini pasaran tempatan serta jurang kemahiran, kami berupaya membimbing dan menyediakan para pelajar dengan kemahiran yang betul yang akan membantu mereka untuk berkembang dan menjadi cemerlang dalam kerjaya mereka,” tambah Avito. YATC disokong oleh sepasukan tenaga pengajar serta pelatih yang bertauliah dan berpengalaman dengan pengalaman terkumpul yang menjangkaui 50 tahun dalam industri. Kolej ini menyediakan gabungan latihan sambil bekerja yang baik dengan kira-kira 70% berbentuk pembelajaran amali dan 30% berbentuk teori. YATC juga menyediakan aktiviti luar kurikulum dan sukan yang boleh meningkatkan kemahiran bahasa, mengajar kemahiran kewangan dan pengurusan, menyediakan peluang kepimpinan dan menerapkan semangat kerja berpasukan. classrooms-2 Bagi tahun yang akan datang, YATC akan mengusahakan biasiswa separa dan penuh oleh perbadanan automotif swasta serta penajaan yang diiktiraf kerajaan untuk para pelajar. YATC adalah gagasan Avito Makajil dan Ketua Pegawai Kewangan, Benson Yeo. Avito Makajil membawa pengalaman luas yang digarap daripada lebih 10 tahun bergiat dalam pendidikan automotif dan beliau disanjung tinggi dalam industri. Benson berpengalaman dalam bidang Kewangan dan kini sedang menguruskan sebuah syarikat alat ganti automotif di samping mengetuai YATC. Pasangan muda lagi bertenaga ini amat berminat untuk mengembangkan dan menerajui industri pendidikan automotif di samping menyumbang kepada komuniti. Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail dan Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din telah perkenan mencemar duli berangkat merasmikan majlis pelancaran tersebut. official-launch-ceremony-from-l-r-benson-yeo-chief-financial-officer-of-yatc-leona-chin-celebrity-drifter-motorsport-athlete Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Leona Chin, pemandu drift selebriti dan ahli sukan permotoran serta rakan niaga YATC dari Mintye Industries Berhad, DRB Hicom, JPK Malaysia dan SkillsMalaysia. Menyambut enrolmen sejak bulan Januari 2016, YATC sekarang dengan rasminya telah melancarkan pusat pembelajaran vokasional yang pertama. Young Aces Technical College terletak di 48, Persiaran Segambut Tengah, Segambut, 51200 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi YATC melalui Tel: +603 6258 5588 / Emel: [email protected] atau kunjungi laman web di www.youngaces.edu.my