Jaguar F-Pace : SUV pertama Jaguar

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SUV berprestasi tinggi Jaguar F-Pace serba baharu di Malaysia telah dilancarkan petang tadi oleh pengedarnya Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd di ibu negara. Dua varian SUV ini ditawarkan, iaitu Prestige dan R-Sport yang dikuasaii enjin petrol 3.0 liter 340PS V6 supercaj yang dibawa dari Jaguar F-Type dan dipadankan dengan transmisi automatik elektronik 8 kelajuan yang dilengkapi Jaguar Sequential Shift. r-l-dennis-ho-datuk-aishah-ahmad-syed-ahmad-muzri-syed-faiz-syed-kh F-Pace serba baharu ini dilaporkan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 250 km/j. interior-of-the-all-new-jaguar-f-pace Antara ciri ciri menarik Jaguar F-Pace adalah:
  • SUV berprestasi tinggi dari Jaguar dinamik dengan kebolehgunaan harian

  • Bentuk yang diilhamkan dari Jaguar F-Type dengan konsep perintis C-X17

  • Teknologi Adaptive Surface Response (ASR), All-Surface Progress Control (ASPC), Low Friction Launch (LFL) dan Intelligent Driveline Dynamics (IDD) untuk ciri pacuan semua roda dan pacuan roda belakang

  • Lightweight Aluminium Structure yang kukuh, teguh dan ringan untuk ketangkasan, kehalusan dan keberkesanan

  • Teknologi casis dari F-Type termasuklah Torque Vectoring, Adaptive Dynamics dan Configurable Dynamics untuk menawarkan pengalaman memandu yang mendatangkan kepuasan dan boleh disesuaikan

  • interior-of-the-all-new-jaguar-f-pace_2
Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia Sdn Bhd Datuk Aishah Ahmad menyatakan bahawa sebagai SUV yang pertama dari Jaguar, F-Pace serba baharu diharapkan akan mampu meningkatkan tarikan jenama ini dan meluaskan jangkauannya ke pasaran yang lebih besar. all-new-jaguar-f-pace_side-rear F-PACE 3.0 liter Supercharged Prestige yang diimport sepenuhnya dijual pada harga RM598,800 sementara R-Sport yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi berharga RM658,800. Harga adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Terdapat juga pilihan Black Pack R-Sport eksklusif dengan gril radiator berkeliling hitam berkilat, salutan warna badan pada pintu dengan kemasan hitam berkilat dan sirip kuasa hitam berkilat dengan lencana R-Sport. Setiap F-Pace didatangkan dengan Jaguar Care, yang mencakupi waranti selama lima tahun dan lima tahun servis percuma serta Jaguar Roadside Assistance untuk tiga tahun.the-all-new-jaguar-f-pace-has-plenty-of-legroom-in-the-rear [gallery columns="4" ids="21085,21086,21087,21088,21089,21090,21091,21092,21093,21094,21095,21096,21097,21098,21099,21100,21101,21102,21103,21104,21105,21106,21107,21108"]