Perodua terima dua lagi anugerah ASEAN NCAP

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perodua Bezza telah dinobatkan sebagai kenderaan yang mempunyai Perlindungan Penumpang Kanak kanak Terbaik (COP) bagi kategori kereta keluarga kecil, dan Perlindungan Penumpang Dewasa Terbaik (AOP) bagi kategori kereta keluarga kecil di Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix  yang telah berlangsung semalam 29 November 2016. "Kedua-dua anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada usaha kami untuk sentiasa meletakkan keselamatan dan keselesaan pelanggan-pelanggan dalam produk kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua , Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. Pada 16 Julai 2016 lepas, Perodua Bezza juga telah disahkan penarafan 5 bintang oleh NCAP ASEAN, menjadikannya EEV sedan 5-bintang pertama negara. Perodua Bezza, model ke-11 pengeluar kenderaan nasional ini, merupakan sedan cekap tenaga pertama yang dilancarkan dengan ciri-ciri teknologi dan keselamatan yang baru. Varian Perodua Bezza 1.3L Advance dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang merupakan fungsi keselamatan yang mengesan dan mengurangkan gelincir kenderaan dengan itu membolehkan pemandu untuk mengekalkan kawalan pemanduan jika berlaku keadaan yang tak diingini. 1_4_front_right_premium-x Varian ini juga dilengkapi dengan Traction Control (TRC) dan Bantuan Brek (BA) yang membolehkan pemandu untuk mengekalkan cengkaman di jalan yang licin. Ia juga mempunyai Hill Start Assist (HSA) yang menghalang kereta dari bergerak ke belakang di cerun apabila brek dilepaskan, bagi memberikan masa kepada pemandu untuk beralih kaki kepada pedal pendikit. Selain daripada ciri-ciri keselamatan ini, Perodua Bezza turut dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga pengelap cermin depan yang mengubah kelajuan  dengan pecutan kenderaan. Ini akan meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan kereta itu kerana ia meningkatkan penglihatan ketika memandu dalam hujan. 3_4_front_left_advance