Zulfahmi63 beraksi wildcard di ARRC

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin bakal beraksi atas tiket wildcard dalam kategori SuperSports 600cc pada pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 2 hingga 4 Disember ini.

Perlumbaan minggu ini merupakan aksi pertama Zulfahmi di pentas ARRC. Tidak seperti kebanyakan pelumba lain, perjalanan Zulfahmi begitu baik apabila berjaya melangkah ke MotoGP selepas beraksi di Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Pelumba Kejuaraan SuperSports Dunia (WSS) itu akan menggunakan jentera Kawasaki ZX-6R bersama pasukan BikeARt Racing Kawasaki dan akan bergandingan bersama seorang lagi pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman.

fahmi-63

"Saya tidak sabar untuk berhadapan dengan pelumba-pelumba handalan Asia yang lain. Ini merupakan satu peluang baik untuk memantapkan lagi kemahiran saya pada musim rehat ini sebagai persediaan untuk menghadapi musim 2017," jelas Zulfahmi.

"Pasukan tidak meletakkan sebarang sasaran kepada saya. Sebagai pelumba wildcard, mereka boleh menggunakan peluang ini untuk menguji keupayaan jentera sehingga ke tahap maksimum tanpa sebarang tekanan untuk mengejar takhta kejuaraan. Bagi saya sendiri, saya berharap dapat bersaing di kelompok hadapan perlumbaan.

"Jadi saya berterima kasih kepada pasukan BikeART kerana memberi peluang ini," katanya.

Gambar: WSBK