Nico Rosberg rai kemenangan di Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Musim 2016  merupakan satu lagi musim yang luar biasa untuk pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula One Team dan Rakan Teknikal mereka iaitu PETRONAS. Pasukan yang juga diberi jolokan The Silver Arrows tersebut  bukan sahaja berjaya mempertahankan Kejohanan Pengeluar Dunia untuk tahun ketiga berturut-turut tetapi pusingan mutakhir atau finale musim yang berlangsung di Abu Dhabi minggu lalu menjadi saksi kepada kemunculan Juara Dunia baru, Nico Rosberg. img_1246 Selesai perlumbaan di Grand Prix Abu Dhabi, Toto Wolff, Ketua Motorsport Mercedes-Benz dan Nico Rosberg telah membuat penampilan khas dengan pertemuan bersama media Malaysia dalam satu sidang media untuk membuat rangkuman musim 2016 yang menakjubkan ini. Wolf turut menyatakan bahawa Kuala Lumpur sudah pastinya menjadi pilihan tepat mereka sebagai lokasi lawatan pertama dalam meraikan kemenangan tersebut memandangkan ia nya merupakan kampung halaman rakan teknikal mereka iaitu PETRONAS."Nadi dan darah yang mengalir dalam jentera lumba kami adalah PETRONAS, baik dari segi nahanapinya mahupun pelincirannya dan tak dinafikan lagi bahawa kemenangan ini merupakan kemenangan bersama buat kami semua'" jelas Wolff. img_1253