Hyundai Ioniq Hybrid CKD - RM100k

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai hari ini melancarkan model Ioniq Hybrid dengan harga bermula dari RM100,328. Model Ioniq Hybrid ini dipasang oleh Hyundai Sime Darby Motors di kilang Inokom mereka di Kulim, Kedah dan datang dalam dua varian:
  • Hyundai Ioniq Hybrid HEV - RM100,328
  • Hyundai Ioniq Hybrid HEV Plus - RM110,828
Kedua-dua harga tersebut ialah harga atas jalan tanpa insurans. Enjin yang digunakan ialah enjin 1.6 Liter Kappa GDI empat silinder suntikan terus (direct injection) dengan pusingan Atkinson, menghasilkan 105 PS dan 147 Nm bersama transmisi dwi klac DCT kering. Ia juga dilengkapi dengan motor elektrik magnet synchronous tetap yang menghasilkan 32 KW (44 PS) dan 170 Nm. Secara kasar, gabungan tenaga enjin dan bateri menghasilkan 141 PS dan 265 Nm, dijana terus ke roda hadapan. hyundai-ioniq_uk-version-2017-1600-14 Pecutan dari pegin ke 100 kmj dilakukan dalam 11.1 saat dan halaju maksimum ialah 185 kmj. Penggunaan bahan bakar pula hanyalah serendah 3.4L/100 km. Tenaga bateri pula datang dari pek bateri 1.56 kWh lithium-ion polimer yang diletakkan di bawah tempat duduk belakang. Bateri 12V biasa untuk aksesori dan penghidup enjin (starter motor) pula diletakkan di dalam tempat letak barang. hyundai-ioniq_uk-version-2017-1600-45 Ada dua mod pemanduan yang ditawarkan -Eco dan Sport. Mod Eco akan melihat Ionic ini bergerak menggunakan tenaga elektrik sahaja sehingga kelajuan 120 kmj, sehingga tenaga elektrik habis. Setelah itu, enjin akan dihidupkan untuk memacu kenderaan. Dalam mod Sport pula, enjin dan motor elektrik akan bergabung tenaga untuk memacu roda hadapan. Hyundai menawarkan waranti bateri selama lapan tahun tanpa had perbatuan, dan sekiranya ia perlu ditukar, Hyundai menjamin kos bateri itu akan kurang dari RM10,000. hyundai-ioniq_uk-version-2017-1600-65 Untuk pembeli terawal, Hyundai menawarkan pakej servis percuma selama tiga tahun atau 60,000 km, perlindungan insurans lengkap tiga tahun dan kadar faedah serendah 2.28 peratus. Sememangnya harga yang serendah ini untuk sebuah model modern yang baru dilancarkan secara global membuktikan bahawa insentif cukai masih diberikan kepada syarikat kenderaan yang layak dan mampu membawa masuk teknologi tersebut ke dalam negara bagi pemasangan kenderaan secara tempatan (CKD). Diharapkan agar lebih banyak syarikat kenderaan mengambil inisiatif ini dan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan EEV atau Cekap Tenaga bagi rantau Asean. Gambar dari NetCar Show hyundai-ioniq_uk-version-2017-1600-11 [gallery columns="2" size="medium" ids="21041,21040,21039,21046,21042,21043"]