Bayar Grab tanpa tunai dengan Kredit GrabPay

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Grab hari ini melancarkan Kredit GrabPay, pilihan nilai tersimpan dalam aplikasi Grab yang membolehkan penumpang menambah-nilai daripada pelbagai sumber dana tempatan termasuk perbankan dalam talian, rangkaian ATM tempatan, kedai-kedai, e-dompet dan kad kredit / debit. GrabPay Kredit kini membolehkan semua orang di Asia Tenggara untuk mencuba sendiri kemudahan pembayaran tanpa tunai untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar. 1-channels-to-top-up 2-online-banking 2a-online-banking_2 3-in-store-voucher Kaedah pembayaran proprietari baharu Grab ini menawarkan beberapa faedah kepada penumpang:
  • Bagi ibu bapa untuk membeli top-up untuk anak-anak mereka untuk menggunakan perkhidmatan Grab tanpa tunai
  • Untuk penumpang menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik  - mereka boleh memilih untukmenambah-nilai jumlah yang tetap untuk perkhidmatan Grab setiap minggu / bulan
  • Untuk mengurangkan jumlah wang tunai fizikal yang perlu ada pada mereka, terutamanya bagi mereka yang keluar lewat malam
  • Bagi mereka yang tidak biasa dengan pembayaran tanpa tunai dan amat berhati-hati dalam perkongsian butiran kad kredit
Dengan Kredit GrabPay di Malaysia, pelanggan boleh memilih untuk menambah-nilai secara atas talian atau di beribu-ribu lokasi  pilihan-pilihan berikut: Perbankan dalam talian: Affin Bank, Am Online, Bank Islam, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, Maybank2U, Public Bank dan RHB Now Kedai-kedai: kedai 7-Eleven dan Kedai Mesra Petronas Kad dan e-Dompet: MasterCard, Visa, American Express dan China Union Pay