Brabus 850 lebih laju dari Lamborghini Aventador 

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jika anda seorang pemilik kereta Mercedes-Benz E-Class generasi keempat (W212), anda mungkin tidak perlu risau tentang kehadiran model generasi terbaharu W213. brabus-old-sedan-cheaper-new-amg-4 Ini kerana Brabus, jenama yang terkenal di kalangan pemilik Mercedes-Benz, ada menawarkan pakej peningkatan (upgrade) yang sangat menarik untuk model W212 E63 AMG. brabus-old-sedan-cheaper-new-amg-5 Menarik kerana bukan sahaja ia berupaya untuk menjadikan penampilan E-class generasi keempat anda menjadi serba baharu tetapi ia juga disertakan dengan penalaan berprestasi  tinggi yang menakjubkan. brabus-old-sedan-cheaper-new-amg-2 Dinamakan Brabus 850, ia dijanakan oleh enjin 6.0-liter turbo berkembar V8 (hasil anjakan enjin 5.5 yang dibesarkan sehingga 5.9-liter) - yang dikatakan lebih berkuasa dari model E63 AMG terbaharu. brabus-old-sedan-cheaper-new-amg-11 Menggunakan unit turbo yang lebih besar, sistem penarikan udara sejuk yang dinaiktaraf dan pancarongga (manifold) yang optimum, ia memberi ruang ‘pernafasan’ yang lebih luas untuk enjin berkuasa tinggi dari AMG. Hasilnya ialah penghasilan kuasa kuda sebanyak 838 bhp dan 1450 Nm  (potensi sebenar) tenaga tork (yang dihadkan ke 850 Nm secara elektronik bagi menjaga keselamatan enjin). brabus-850-shooting-brake-6-0-biturbo-4matic-iaa-2013-98958509312 Brabus 850 mampu menghasilkan pecutan 0-100 kmj dalam hanya 3.1 saat (dengan model pacuan empat roda 4Matic) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 350 kmj. Jauh lebih pantas (3.3 saat 0-100 kmj) dan jauh lebih laju dari E63 AMG terbaharu yang hanya mencatatkan kelajuan maksimum 300 kmj. Tetapi yang paling menakjubkan ialah ia juga lebih laju dari Lamborghini Aventador! brabus-old-sedan-cheaper-new-amg-8 2014_brabus_850_6_fotor brabus-850-6-0-biturbo-4 Jangan ditanya harganya. Kereta ini hanya untuk mereka yang gagah berani.