Perlancaran bilik pameran Toyota di Johor Bahru

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport dan pengedar tunggal kenderaan Toyota di Malaysia, mengumumkan pembukaan rasmi bilik pameran Toyota di Johor Bahru. Kemudahan ini menggantikan bilik pameran sebelumnya di Jalan Kebun Teh dan ia mempunyai konsep Generation Next Toyota Showroom. Konsep baru termasuk reka letak terkini dan reka bentuk yang mencerminkan bilik pameran moden. Ia menawarkan ruang tamu yang bergaya dan selesa, di mana pelanggan boleh menikmati kopi mereka, melayari internet atau menyemak pelbagai maklumat produk pada masa lapang mereka, apabila mereka melawat bilik pameran. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak, bilik pameran baharu ini mempunyai sebuah bilik permainan di mana kanak-kanak boleh bermain dan menghiburkan diri. [caption id="attachment_20905" align="alignnone" width="2932"]dis-showing-the-interactive-panel-with-at Panel interaktif berdiri untuk memudahkan pelanggan mencari produk-produk keluaran Toyota[/caption] Bilik pameran ini juga mempunyai kawasan pameran khas untuk mempamerkan model baharu atau model jualan utama. Bagi meningkatkan kemudahan pelanggan, ia juga mempunyai kawasan pameran aksesori di mana pelanggan boleh menyemak dan membeli barang-barang dagangan Toyota TRD dengan menggunakan panel interaktif berdiri (seperti gambar di atas). Mr.Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor pada majlis pembukaan bilik pameran itu berkata, "bilik pameran di Johor Bahru merupakan bilik pameran UMWT pertama yang memaparkan konsep Generation Next Toyota Showroom. Inisiatif baru ini adalah untuk menaik taraf bilik pameran Toyota di seluruh rantau ini dengan konsep baru yang ditujukan kepada generasi muda di samping mengekalkan imej korporat Toyota. " Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor berkata dalam ucapannya, "Dengan konsep baru, matlamat kami adalah untuk bilik pameran menjadi lebih bertenaga dan lebih mesra pelanggan sehingga orang yang datang untuk lawatan akan berasa dialu-alukan". Beliau juga berkata, "UMW Toyota Motor telah membelanjakan RM15 juta untuk kemudahan baru ini yang menjadi outlet model untuk Toyota Generation Next Showroom Concept. Pada masa akan datang, bilik pameran serta pusat-pusat perkhidmatan Toyota yang lain juga akan menggunakan pakai konsep baharu ini". Bilik pameran dua tingkat ini terletak di No.31, JalanTun Abdul Razak (Susur 5), Johor Bahru. Selain daripada pameran ini, UMWT mempunyai pusat 2S di Larkin dan juga tiga pusat 3S oleh peniaga yang sah. Syarikat itu kini mempunyai 97 rangkaian sebelum dan selepas jualan di seluruh negara. Pada bulan Disember, UMWT mempunyai beberapa aktiviti yang menarik termasuk pelancaran Toyota Innova baharu. Syarikat itu kini mempunyai Year End Sales Carnival di mana pelanggan boleh membeli pelbagai model Toyota dengan rebat tunai yang amat menarik. Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi semasa dan mencari bilik pameran Toyota yang terdekat atau pusat perkhidmatan boleh melawat toyota.com.my atau hubungi Toyota di talian 1800-8-TOYOTA (869.682).