Hyundai Grand Starex Royale "facelift"

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Grand Starex Royale, MPV popular dari Hyundai telah diberikan wajah baru. Perubahan kosmetik yang paling ketara bagi Starex adalah pada bahagian gril krom hadapan yang memberikan pandangan baru. Hyundai mula mengeluarkan Grand Starex Royale pada tahun 1997 dan mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 1998. Sejak dipasarkan, Grand Starex Royale telah menerima pelbagai anugerah di dalam kategorinya di dalam dan luar negara. grand-starex-royale-rear-angle Walaupun menerima rupabentuk kosmetik baharu, Grand Starex Royale masih menggunakan enjin yang sama seperti sebelum ini, 2.5 liter turbo diesel CRDI VGT 168 hp dan 392 Nm tork dari putaran enjnn 2000 – 2500 ppm.  Grand Starex datang dengan ciri-ciri standard seperti Cruise Control, Safe Drive Recorder dan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESP). HSDM menawarkan jaminan selama 5-tahun atau 300,000 km (yang mana terdahulu). Bagi yang berminat untuk memandu uji Grand starex ini, boleh datang ke mana-mana pengedar Hyundai di seluruh negara bermula pada bulan Disember ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan Grand Starex Royale baharu ini boleh hubungi HSDM Customer Careline di talian 1-300-13-2000 pada waktu pejabat.