Cadangan turunkan kadar saman AES

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perubahan kepada akta yang bakal menurunkan kadar saman yang menggunakan Automated Enforcement System (AES), sistem kamera pengesan halaju automatik akan dibentangkan dalam sidang Parlimen dalam bulan Mac tahun hadapan. Perubahan tersebut akan menurunkan kadar kompaun dari RM300 kepada RM150. Sistem mata demerit Kejara juga nampaknya akan dimulakan selepas akta baharu AES digazetkan dan dimasukkan di dalam Awareness Automated Safety System atau AWAS. Menurut laporan Shahrim Tamrin dari akhbar The Sun Daily, perubahan akta itu ialah penting bagi fasa kedua AES. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata ia adalah untuk mengekalkan standard yang sama dalam saman trafik oleh polis trafik ke dalam mata demerit Kejara. Kejara atau sistem pemberian mata demerit (penalti) kesalahan jalanraya ialah satu sistem yang sudah lama diperkenalkan tetapi kemudiannya ditangguhkan dan dihentikan sementara bagi melakukan penyelarasan dengan sistem penalti dan saman yang lain. Dalam sistem Kejara, seorang akan mendapat mata demerit dan sekiranya mata tersebut sampai ke satu jumlah, lesen memandu atau menunggang boleh digantung. The Sun seterusnya melaporkan bahawa sistem Kejara akan diintegrasikan sekali dengan saman-saman yang dikeluarkan oleh SPAD, JPJ dan polis. Aziz kemudiannya berkata RM150 ialah jumlah tetap akan diskaun bagi pembayaran untuk saman-saman yang dikeluarkan oleh AES sejak tahun 2012. “RM150 ialah jumlah tetap kompaun selepas diskaun dan ditawarkan hanya untuk enam bulan dari sekarang,” ujar beliau. Mengenai AES fasa kedua, Aziz tidak bersedia lagi untuk berkongsi jumlah kamera yang bakal dipasang dan lokasi kamera-kamera tersebut.