Saksikan pasukan McLaren K-Pax di Motul Sepang 12 Hours pada 8-11 Disember 2016

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pelumba-pelumba syarikat McLaren, Côme Ledogar, Alvaro Parente and Shane van Gisbergen akan beraksi di 2016 Motul Sepang 12 Hours di Litar Antarabangsa Sepang bulan depan. 2016_blancpain_endurance_rd3-0347_van-gisbergen Shane van Gisbergen Pelumba-pelumba profesional ini akan beraksi bersama pasukan K-PAX Racing, juara 2016 Pirelli World Challenge, di Sepang, iaitu diakui sebagai antara litar endurance yang mencabar di dunia. 2016_blancpain_sprint_rd3-1486-1_parente Alvaro Parente Ketiga-tiga pelumba ini dikatakan antara yang paling berjaya dalam sejarah perlumbaan pasukan GT3 McLaren kerana telah meraih banyak kemenangan dan 10 kejuaraan. Bertiga, mereka bercita-cita untuk menamatkan 2016 dengan penuh gaya. 6939-2016_blancpain_endurance_rd3-0401_ledogar Côme Ledogar Parente menyertai K-PAX Racing dengan memenangi Pirelli World Challenge, mencatatkan enam kemenangan dalam satu musim perlumbaan untuk kali pertama. Pemandu yang berasal dari Portugal ini sudah berlumba bersama pasukan McLaren sejak 2011, dan behajat untuk menambah pengalaman di Malaysia setelah menjadi juara kategori tahun lepas. 2016_blancpain_endurance_rd3-0480 Van Gisbergen, seorang warganegara New Zealand, akan menamatkan tahun 2016 di Sepang memandu jentera 650S GT3. Dia juga adalah calon yang bakal memenangi kategori International GT Challenge nanti. Siri kejuaraan ini melalui litar-litar termasyhur dunia seperti Bathurst 12 Hours, Total 24 Hours of Spa dan juga Motul Sepang 12 Hours. Dia sedang menduduki tempat ke-2 dalam senarai mata kejuaraan. 2016_blancpain_sprint_rd3-1095 Ledogar pula sedang melalui musim pertamanya sebagai pemandu rasmi McLaren. Beliau telah memenangi perlumbaan di litar Monza bersama van Gisbergen dan Rob Bell pada pusingan pembukaan Blancpain Endurance Cup. Dia juga telah memenangi perlumbaan 1,000km di litar Paul Ricard dan juga meraih kemenangan di pusingan international GT Open di Monza. [video width="1280" height="720" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/11/McLaren-650S-GT3-on-board-footage-evo-TCOTY.mp4"][/video]   Sejak tahun 2000, Motul Sepang 12 Hours telah menjadi siri perlumbaan terkenal di dunia sejak diambil alih oleh Stephane Ratel Organisation pada tahun lepas. Perlumbaan ini menampilkan pelbagai kategori kereta endurance dari pasukan berlumba terkenal dunia. Mari sama-sama kita saksikannya tiba 8 Disember nanti. Layari http://www.sepang12hours.com. Ikut @McLaren_GT pada Twitter, dan ikut perbualan di #McLarenatSepang.