Sempena sambutan ulang tahun Vespa ke-70 yang diadakan di Publika Shopping Gallery pada Sabtu 19 November yang lepas, Naza Premira, pengimport dan pengedar tunggal produk Vespa di Malaysia telah mempamerkan enam varian Vespa yang kini dipasarkan di Malaysia.
Enam model yang dipamerkan termasuk unit terhad varian baharu model ulang tahun ke-70, Vespa GTS, Vespa PX, Vespa Primavera, dua model naik taraf Sprint ABS, Vespa Primavera ABS dan model yang diperkenalkan baru-baru ini Vespa Sprint Adventure.
Vespa PX 70th Anniversary
Enjin: 150cc dua lejang satu silinder
Harga: RM26,000
Vespa GTS 70th Anniversary
Enjin: 154.8cc empat lejang 3 injap satu silinder EFI 15 hp dan 12 Nm tork
Harga: RM18,500
Vespa Primavera 70th Anniversary
Enjin: 154.8cc 4-lejang 3-injap satu silinder EFI I-GET 13 hp dan 12.8 Nm tork.
Harga: RM16,488
Vespa Primavera ABS
Enjin: 154.8 cc 4-lejang 3-injap satu silinder EFI I-GET 13 hp dan 12.8 Nm tork
Harga: RM14,888
Vespa Sprint ABS
Enjin: 154.8 cc 4-lejang 3-injap satu silinder EFI I-GET 13 hp dan 12.8 Nm tork
Harga: RM15,888
Vespa Sprint Adventure
[caption id="attachment_20774" align="alignnone" width="8984"] HyperFocal: 0[/caption]
Enjin: 154.8 cc 4-lejang 3-injap satu silinder EFI I-GET 13 hp dan 12.8 Nm tork
Harga: RM17,000