Isu surat kepada pemilik: Perodua tidak ada recall utuk ABS

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Baru-baru ini media sosial sekali lagi diserang dengan gambar surat yang diterima oleh pemilik kenderaan Perodua Myvi dari Perodua sendiri. Menurut Perodua, surat itu memang datang dari pihak syarikat sendiri. "Kami menjemput pemilik-pemilik Myvi untuk datang bagi pemeriksaan percuma ke atas Myvi mereka," ujar sumber dari Perodua. Pemeriksaan itu seraya dengan kajian penggunaan "actuator" ABS dalam jangka masa panjang. "Dalam masa yang sama, kami juga mahu menjemput pemilik-pemilik Myvi yang sering menggunakan bengkel-bengkel selain dari Perodua untuk kembali ke pusat servis kami." Isu "recall" atau panggil semula tidak wujud langsung dalam konteks ini kerana ia lebih kepada kajian. Perodua dijangka akan menerima respon dari 200,000 pemilik Myvi, 10 peratus dari 2 juta kenderaan yang diservis oleh Perodua setiap tahun. perodua-myvi-se-careta "Pemilik Myvi yang menerima surat tersebut boleh menghubungi mana-mana pusat servis Perodua untuk membuat temujanji," ujar sumber Careta dari Perodua. Setiap pemeriksaan hanya akan mengambil masa selama dua ke tiga jam sahaja dan ianya percuma.   "Antara sebab kenapa saya membeli Perodua ialah saya tahu ia mudah dan murah untuk diservis. Dan kerana itu, nilai jual balik Perodua sentiasa lebih tinggi," ujar seorang pemilik Myvi kami temuramah baru-baru ini. Mungkin di dalam keadaan ekonomi sebegini, sebuah kenderaan yang murah diselenggara boleh dikira sebagai satu pembelian bijak dan bagus untuk jangka masa panjang.