Nexar - aplikasi canggih yang boleh menyelamatkan nyawa

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Anda mungkin belum lagi mampu membeli kereta baharu yang dilengkapkan dengan sistem elektronik amaran awal yang canggih. Tak perlu bimbang. Anda sekarang boleh menikmati sistem elektronik canggih pada kereta anda dengan Nexar. [video width="1280" height="720" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/11/What-Is-Nexar.mp4"][/video]   Nexar ialah aplikasi amaran awal yang dicipta untuk membuat pemanduan lebih selamat dan ia boleh dipasang pada kereta anda dengan hanya memuat turun aplikasi dari kedai Google Play Store atau Apple App Store. Selepas dimuat turun, ia akan berfungsi sebagai teman anda bagi memberi amaran awal dari pelanggaran. Ia menggunakan sensor pada telefon pintar anda untuk menganalisa dan memahami keadaan sekeliling, dan memberi maklumat unik jika berlaku pelanggaran. [video width="1280" height="720" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/11/Nexar-The-World’s-First-Vehicle-to-Vehicle-Network.mp4"][/video]   Dengan maklumat ini, anda boleh menyediakan dokumentasi yang lengkap untuk membuat tuntutan insuran dan lain-lain. vehicle-to-vehicle-warning forward-collision-warning Tetapi yang paling menarik ialah fungsinya yang berupaya memantau keadaan trafik beberapa kilometer didepan anda [dengan menggunakan algoritma penglihatannya yang berkomunikasi dengan rangkaian kenderaan ke kenderaan (V2V network)] yang akan memberitahu anda jika ada situasi berbahaya yang belum lagi kelihatan dihadapan mata anda.   nexar-default-dashcam-ui Ini membolehkan anda mengambil langkah mengelak atau membuat keputusan yang bijak bagi mengelakkan kecelakaan. Ini sangat penting lebih lagi pada jalan-jalan yang mempunyai blindspot  serta jalan-jalan yang ada banyak persimpangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web Nexar disini: https://www.getnexar.com