Proton Ertiga - sesuai untuk siapa?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Proton hari ini melancarkan model keempat dan terakhir untuk tahun 2016. Model kolaborasi dengan Suzuki ini sudah dilancarkan di Thailand dan Indonesia lebih awal lagi dan Proton menggunakan komponen-komponen yang diimport dari Indonesia untuk dipasang di kilang mereka di Tanjung Malim. Ertiga ini mendapat pengiktirafan EEV iaitu Kenderaan Cekap Tenaga dengan kadar penggunaan bahan bakar serendah 6.0L/100km. [gallery size="medium" ids="20686,20687,20688"] Sebanyak 15 peratus komponen tempatan digunakan tetapi menurut Datuk Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, jumlah itu akan ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk membantu vendor-vendor tempatan. Di bawah ialah apa yang kami tahu tentang Proton Ertiga. Tidak banyak perubahan dilakukan - hanya penukaran lencana dan sedikit garnishing pada panel belakang dn bamper hadapan. Nama Ertiga bermaksud R-3, iaitu tiga barisan (row) tempat duduk. Ia juga nama yang sama digunakan oleh Suzuki. Perkataan "tiga" digunakan kerana antara pasaran terbesar Ertiga ini ialah Indonesia. engine Spesifikasi teknikal Proton Ertiga:
  • Enjin: 1,373 cc 4-silinder 16 injap DOHC MPI
  • Kuasa maksimum: 91 hp @ 6,000 rpm
  • Tork maksimum: 130 Nm @ 4,000 rpm
  • Transmisi: 5-kelajuan manual atau 4 kelajuan automatik
  • Stereng: Stereng berkuasa elektrik
  • Sistem gantungan: Pegas MacPherson (hadapan); bar torsion (belakang)
  • Berat kasar: 1,175 kg (manual); 1,185 kg (auto)
  • Saiz tayar: 185/65 R15
  • Saiz tangki bahan bakar: 45 liter
  • Kelengkapan keselamatan: Dua beg udara hadapan, ABS, EBD, pre-tensionder untuk tali pinggang hadapan, load limiter system, ISOFIX dengan top thether untuk kerusi barisan kedua, tingkap kuasa dengan fungsi anti trap/kepit.
Ertiga secara rasminya ialah sebuah MPV dengan enam tempat duduk kerana tidak ada tali pinggang keselamatan tiga-point untuk penumpang di bahagian tengah barisan kedua. Tetapi ia boleh dijadikan tempat alas tangan atau arm rest. Tempat letak barang Ertiga seluas 135 liter (dan 400 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipat) datang dengan kompartmen di bawah lantai (seperti Proton Exora). [gallery size="medium" ids="20690,20691,20692"] Harga untuk Proton Ertiga ialah:
  • Proton Ertiga Executive Manual: RM58,800 (OTR)
  • Proton Ertiga Executive Automatik: RM61,800 (OTR)
  • Proton Ertiga Automatik Executive Plus: RM64,800 (OTR)
Varian Executive Plus datang dengan tambahan komponen dan aksesori seperti cermin sisi lipat secara elektrik dengan lampu arah LED, butang audio pada stereng, tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian dan lain-lain. Empat warna ditawarkan: Cotton White (Putih Kapas), Ruby Red (Merah Delima), Metal Grey (Kelabu Besi) dan Camelian Brown (perang Kamelia). [gallery size="medium" ids="20693,20694,20695"] Suzuki Ertiga sudah awal-awal lagi menerima anugerah 4-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP. Jadi siapakah yang sesuai untuk memiliki Proton Ertiga ini? Pada pendapat kami, mereka yang berada di dalam golongan di bawah sangat sesuai untuk memiliki Ertiga:
  • Keluarga dengan tiga orang anak (masih ada ruang letak barang yang besar)
  • Keluarga dengan empat orang anak (perlukan Thule atau kotak kargo di atas bumbung)
  • Keluarga dengan satu atau dua orang anak yang sekali-sekala perlukan tempat duduk tambahan untuk ibubapa di kampung datang melawat.
  • Bujang atau pasangan yang belum punya anak tetapi mempunyai kehidupan aktif dan memerlukan ruang kargo besar.
  • Mereka yang mahukan kenderaan untuk perkhidmatan Uber atau Grab Car.
Untuk keluarga besar, Careta masih mengesyorkan Proton Exora yang jauh lebih besar dan dengan enjin yang lebih berkuasa, sesuai untuk perjalanan jauh. [gallery size="medium" ids="20696,20697,20698,20699,20700,20701,20702,20703,20704,20705,20706,20707,20708,20709,20710,20711,20712,20713,20714,20715,20716,20717,20718,20719,20720,20721,20722,20723,20724,20725,20726,20727,20728,20729,20730,20731,20732,20733,20734"]