Rezvani Beast Alpha - untuk yang bosan dengan Ferrari

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Anda pasti belum pernah dengar nama Rezvani. Sebenarnya kami pun belum pernah dengar nama Rezvani sebelum ini. rezvani-beast-alpha-front-three-quarter-in-motion-03 Rezvani Motors ialah pembuat kereta supercar terbaharu berasal dari Orange County, Amerika Syarikat. Nama Rezvani diambil dari nama pengasasnya Ferris Rezvani. rezvani-beast-alpha-front-view-03 Beast Alpha ialah model pertama yang ditampilkan di Pertunjukkan Permotoran Los Angeles baru-baru ini. Bentuknya adalah hasil karya Samir Sadikhov, seorang perekabentuk automotif yang terkenal dengan rekaan kereta konsep Ferrari Xezri dan Aston Martin DBC. rezvani-beast-alpha3 Sadikhov telah memberikan Beast Alpha ini suatu bentuk sistem pembukaan pintu unik yang belum pernah dilihat dunia sebelum ini, yang dipanggil “SideWinder” - iaitu pintu gelangsar yang ditolak keluar dahulu. rezvani-beast-alpha-deuren-08 rezvani-beast-alpha-side-profile-02 rezvani-beast-alpha-3 Beast Alpha ini dibentuk berdasarkan chassis sebuah model Lotus. Tetapi berat Beast Alpha yang mencapai 2 tan, ia bukan sebuah kereta yang ringan. Tetapi walaupun sangat berat, ia memaparkan prestasi tinggi. Dijanakan oleh enjin turbo 2.4-liter empat silinder, Beast Alpha berupaya menghasilkan 500 bhp dan kepantasan pecutan 0-100 kmj selama 3.2 saat, menurut Rezvani. Kotak gearnya ialah jenis sequential manual enam kelajuan serta mempunyai sistem menambat penghasilan kuasa dan kawalan tarikan (traction). thumb_22731_default_large rezvani-beast-alpha-16 rezvanibeastalphadash Dengan sistem buka pintu unik dan nama yang ganas, Rezvani mungkin dapat menjadi pesaing jenama kecil seperti Koenigsegg, Artiga dan Noble. rezvani-beast-alpha-rear-view-01 Kami amat teruja dengan rekabentuk Rezvani Beast Alpha. Pintunya sahaja sudah cukup menjadi sebab untuk sesiapa memilikinya. Apa kata anda? [video width="1280" height="720" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/11/Rezvani-Beast-Alpha-There-Can-Only-Be-One-ALPHA.mp4"][/video]