Subaru XV 2017 guna teknologi boxer hibrid

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Subaru XV 2017 akan gunakan teknologi hibrid bersama enjin boxer petrol dan diesel dan akan dilancarkan pada Oktober tahun hadapan di Frankfurt Motor Show. Pengarah Pemasaran Subaru di UK berkata kepada Autoexpress bahawa seperti pada mana-mana Subaru, XV tetap akan menggunakan enjin boxer bersama sistem pacuan 4x4 bagi menambahkan keupayaannya di  laluan “off-road” tetapi digabungkan dengan motor elektrik (hibrid). Berita angin juga menyatakan Subaru bakal mengeluarkan kereta hibrid prestasi tinggi enjin tengah 1.6 boxer turbo yang dipacu pada roda belakang dan digabungkan dengan motor elektrik pada roda hadapan. Bagi XV generasi baharu pula, roda hadapan akan dipacu dengan menggunakan enjin gasoline manakala roda belakang akan dipacu menggunakan motor elektrik. 20160301_113012