Rossi terkejut dengan Mat Rempit!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Legenda MotoGP, Valentino Rossi terkejut dengan gelagat Mat Rempit ketika beliau berada di Malaysia. Menurut Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, pelumba motosikal terkenal negara, juara dunia sembilan kali itu pernah terserempak dengan aksi-aksi Mat Rempit sejak beberapa tahun lalu dan Rossi memang terkejut dengan apa yang dilihat oleh beliau. Menurut Shahrol yang sudah lama mengenali Rossi sejak latihan menunggang beliau di Barcelona dan ketika bertanding di dalam perlumbaan motosikal di Eropah, Rossi selalunya akan keluar untuk berhibur di Kuala Lumpur selepas perlumbaan di Sepang. [caption id="attachment_20656" align="aligncenter" width="620"]Shahrol Yuzy. Gambar dari Facebook beliau. Shahrol Yuzy. Gambar dari Facebook beliau.[/caption] Pertemuan pertama Rossi dengan Mat Rempit ialah bila beliau sedang keluar ke ibukota dan sekumpulan Mat Rempit menunggang dengan laju di kiri kanan keretanya. “Saya lihat beberapa motosikal tanpa penunggang,” ujarnya berjenaka kepada Shahrol selepas melihat Mat Rempit sedang melakukan aksi Superman di atas motosikal mereka. “Itu cara mereka menunggang di sini,” jawab Shahrol kepada Rossi sambil menerangkan apa itu Mat Rempit. [caption id="attachment_20655" align="aligncenter" width="900"]Mat Rempit dengan aksi Superman di lebuhraya di Kuala Lumpur (gambar oleh Reuters). Mat Rempit dengan aksi Superman di lebuhraya di Kuala Lumpur (gambar oleh Reuters).[/caption]   Rossi kemudian berkata beliau tidak berani melakukan aksi yang sama, baik di dalam litar atau di atas jalanraya kerana ia bukan tabiat menunggang yang selamat. Shahrol kemudian berkata penunggang motosikal di Eropah lebih berdisiplin dan mereka tidak mengamalkan tabiat menyelit di celah-celah kenderaan. “Penunggang motosikal di Eropah sanggup menunggu di belakang kenderaan lain dan tidak mencilok,” terang Shahrol. Shahrol memgaku bahawa majoriti penunggang di Eropah membawa motosikal besar dan beliau berharap penunggang di Malaysia dapat menghentikan tabiat menyelit di antara kenderaan. “Penunggang di Malaysia sepatutnya menghargai keselamatan,” ujar beliau yang hadir dalam forum Pusara Di Jalanraya: Sampai Bila anjuran Karangkraf. Menarik juga pendapat beliau, cuma mungkin ada kesilapan sedikit kerana sebenarnya, kebanyakan negara Eropah membenarkan amalan menyelit di antara trafik untuk motosikal dan skuter. [caption id="attachment_20657" align="aligncenter" width="900"]Aksi wheelie oleh seorang penunggang di jalanraya awam Malaysia. Lumba haram adalah perkara biasa di Kuala Lumpur, terutama setelah bekas Menteri Besar Selangor menutup litar Batu Tiga untuk membuat perumahan elit yang penting untuk rakyat. Aksi wheelie oleh seorang penunggang di jalanraya awam Malaysia. Lumba haram adalah perkara biasa di Kuala Lumpur, terutama setelah bekas Menteri Besar Selangor menutup litar Batu Tiga untuk membuat perumahan elit yang penting untuk rakyat. Gambar oleh Reuters.[/caption]   Di Itali, negara Rossi sendiri, skuter dibiarkan menggunakan laluan kecemasan untuk melepasi lampu trafik dan juga untuk menyelit di mana-mana. Jerman juga membenarkan penunggang motosikal menyelit, tetapi hanya apabila trafik dalam keadaan terhenti. Di Amerika Syarikat, negeri California juga membenarkan motosikal menyelit dengan selamat di antara kenderaan. Sekiranya motosikal tidak dibenarkan menyelit di Malaysia, Careta harap akan ada syarikat yang dapat mencipta pendingin hawa untuk jalanraya di dalam negara agar penunggang motosikal dapat beratur di dalam kesesakan lalulintas dengan selesa, seperti pembuat undang-undang yang rasanya tidak pernah menunggang motosikal dan tidak tahu bahawa pemandu kereta, bas dan lori yang cuai antara punca utama kemalangan motosikal. *Laporan asal oleh Shahrim Tamrin dalam The Sun Daily.