Toyota panggil semula 744,000 Sienna

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota mengumumkan pada hari Selasa 22 November 2016 untuk memanggil semula 744,000 model Sienna dari tahun 2011 sehingga 2016 di Amerika Syarikat. Pengeluar dari Jepun itu menyatakan ada kemungkinan sistem elektrik dan motor untuk pintu gelangsar pada Sienna akan terbuka sendiri semasa pemanduan. Ia disebabkan oleh set litar elektrik/elektronik  yang terdapat pada motor pintu gelangsar mengalami beban yang keterlaluan dan menyebabkan fius terputus. Disebabkan oleh fius yang terputus, ada kemungkinan pintu elektrik Sienna tidak berada di dalam keadaan berselak dan akan menyebabkan pintu gelangsar terbuka semasa pemanduan. Toyota sedang memikirkan cara untuk memulihkan kesemua Sienna yang terlibat dan kesemua pemilik yang terlibat akan dihubungi pada pertengahan bulaan Januari. Sumber: CNBC.com