1000 tiket percuma untuk ke Malaysia Autoshow

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
  1000 tiket percuma untuk ke Malaysia Auto Show pada 10 hingga 13 November 2016 yang bertempat di Mines International Exhibition And Convention Centre (MIECC) . Kepada peminat-peminat pameran auto, anda hanya perlu menjawab satu soalan untuk mendapatkan tiket percuma ke Malaysia Auto Show. Caranya senang sahaja, Langkah pertama anda hanya perlu “Like” dan “Follow” mana-mana laman sosial MAI melalui saluran Facebook: www.facebook.com/automalaysia Twitter: @my_automotive Instagram: www.instagram.com/automalaysia Langkah kedua anda hanya perlu menjawab “True” (betul)  atau “False” (salah). Soalannya adalah , “Malaysia Autoshow akan diadakan di Mines International Exhibition And Convention Centre (MIECC) dari 10 hingga 13 November 2016, betul atau salah?” Jawapan mesti ditulis “True” (betul) atau “False” (salah). Langkah ketiga anda perlu menghantar mesej peribadi (private message atau PM) jawapan, nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Jangan berikan butiran peribadi anda kepada umum. Langkah keempat anda hanya perlu menunggu untuk dihubungi. Jika bernasib baik, anda akan diberikan tiket percuma.