EICMA 2016: Motosikal enjin twin paling berkuasa di dunia - Ducati 1299 Superleggera!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati dengan berani mengumumkan model 1299 Superleggera mereka yang baharu dilancarkan tadi di Milan ialah motosikal siri produksi paling canggih dan paling berkuasa (untuk enjin twin) di dunia.

Hampir kesemua komponen pada versi ekstrem 1299 Panigale ini dipertingkatkan atau diperhalusi, atau diubah terus untuk menjamin 1299 Superleggera ini menjadi motosikal yang sangat istimewa.

Ia menggantikan model 1199 Panigale R, satu legenda di dalam industri motosikal. Dan untuk menggantikan sebuah legenda, 1299 Superleggera ini dipenuhi dengan teknologi terkini dalam industri motosikal dunia.

Ia juga menggunakan enjin yang ditala semula dari enjin 1299 Panigale.

Careta Ducati 1299 Superleggera

Nyata Ducati telah menghabiskan masa yang lama untuk menghasilkan model istimewa ini. Ia lebih ringan, lebih bertenaga, lebih canggih dan pastinya, lebih seksi.

Di bawah ialah info-info mengenai 1299 Superleggera (cara sebutan ialah super  le-je-ra, perkataan Italian yang bermaksud Super Light atau sangat ringan).

  • 1299 Superleggera menggunakan enjin 1285 cc Superquadro dengan saiz gerek dan lejang 116 mm dan 60.8 mm.
  • Untuk memastikan ia lebih ringan dan lebih bertenaga, Ducati menukar bentuk crown pada piston dan meningkatkan nisbah mampatan dari 12.6:1 kepada 13.0:1.
  • Selain dari itu, kesemua injap (dibuat dari titanium) dibesarkan dan camshaft diubah untuk meningkatkan lift. Kepada silinder juga mengalami perubahan pada port kemasukan dan ekzos.
  • Enjin 1299 Superleggera menerima aci-engkol (crankshaft) jenis tungsten-balaned, con-rod titanium, flywheel lebih ringan dan berita yang mengejutkan ialah Ducati kembali menggunakan liner silinder jenis aluminium. Ducati sebenarnya menggunakan liner aluminium sebelum ini dalam enjin 1199, kemudian bertukar kepada liner besi dalam enjin 1299 Panigale. Kini, ia kembali kepada liner aluminium yang lebih ringan.
  • Berbanding dengan enjin 1299 Panigale, enjin 1299 Superleggera ini 2.0 kg lebih ringan dan 10 hp lebih bertenaga pada 215 hp.
Careta Ducati 1299 Superleggera
  • Perubahan lain yang dilakukan ialah penapis udara jbaharu, bukaan throtlle body yang lebih aerodinamik dan trumpet-trumpet kemasukan yang berbeza jarak panjangnya (panjang trumpet pada 1299 Panigale sama panjang semuanya).
    • Kerangka carbon-fibre digunakan untuk 1299 Superleggera. Ini termasuk:
    • Rangka monocoque carbon-fibre dengan insert aluminium 7075 (1.7 kg penjimatan berat)
    • Lengan ayun sebelah carbon-fibre (0.9 kg penjimatan berat)
    • Roda carbon-fibre dengan hab aluminium (1.4 kg penjimatan berat)
    • Sub-frame pelana carbon-fibre
    • Fairing carbon-fibre
  • Walaupun banyak komponen kerangka menggunakan carbon-fibre, Ducati memastikan semua komponen itu diuji dalam ujian yang hampir sama dengan ujian pada motosikal lumba MotoGP.
[caption id="attachment_19720" align="aligncenter" width="620"] Sistem ekzos penuh dari Akrapovic ini ringan kerana ia titanium, dari hujung ke hujung.[/caption]
  • Tangki bahanapi juga dbuat dari aluminium untuk meringangkan lagi motosikal ini.
  • Sistem gantungan dari Ohlins itu sendiri mengurangkan sebanyak 1.86 kg berat, hasil penggunaan fork hadapan boleh laras FL936 dan penyerap hentak belakang jenis TTX36 boleh laras dengan spring titanium.
  • Berat 1299 Superleggera ini ialah cuma 167 kg - tersangat ringan kerana motosikal Monster 797 baharu itu pun sudah seberat 193 kg, yang masih lebih ringan dari model Monster 821 sebelumnya.
careta-ducati-1299-superleggera-4
  • Sistem bantuan tunggangan elektronik turut dipertingkatkan. Ini termasuk fungsi kawalan traction yang baharu, Ducati Slide Control baharu dan Ducati Wheelie Control EVO baharu. Semuanya ditingkatkan dari sistem yang pernah diperkenalkan pada 1299 Panigale S Anniversario awal tahun ini.
  • Contohnya, sistem Ducati Traction Control EVO akan membenarkan lebih banyak wheelspin pada Level 1 dan Level 2 sebelum sistem itu masuk untuk menyelamatkan anda dengan mengurangkan bukaan injap throttle body atau manipulasi pada suntikan bahan api atau nyalaan palam pencucuh.
  • Dalam erti kata lain, 1299 Superleggera ini membenarkan anda berlagak seperti hero di litar dengan membenarkan tayar belakang "slide dan spin" sedikit tetapi kembali merampas kawalan jika situasi menjadi terlalu bahaya dan memungkinkan motosikal itu jatuh dan paling penting, menghalang anda dari malu.
careta-ducati-1299-superleggera-6
  • Turut dikemaskini agar lebih agresif ialah sistem Ducati Power Launch (launch control) agar anda boleh memecut dengan lebih laju dan quick shifter untuk tukaran gear lebih pantas.
  • EBC atau Engine Brake Control turut diperhalusi agar ia tidak begitu kasar dan lebih mudah untuk penunggang menggunakannya.
  • Jadi jika anda mahukan sebuah legenda motosikal, 1200 Superleggera ini memang akan menjadi sebuah legenda yang sukar diganti.
  • Sayangnya tiada lagi harga yang ditetapkan.