EICMA 2016 - Ducati Multistrada 950 - adik Multistrada 1200

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ducati mengakhirkan desas desus tentang adik Multistrada 1200 dengan melancarkan model Multistrada 950 beberapa jam tadi di Milan, Itali.

Enjin Hypermotard 939 digunakan tetapi dengan kepala silinder baharu dan saluran pelincir yang direka semula.

ducati-ms-950-careta-6

Kuasa maksimum yang dihasilkan masih sama seperti pada Hypermotard 939, iaitu 113 hp dan 96.2 Nm.

Jarak servis Multistrada 950 ini ialah pada setiap 15,000 km atau setahun sekali (namun untuk suhu di Malaysia, jarak ini terpaksa dikurangkan).

[gallery columns="2" size="large" ids="19701,19702"]

Di bawah ialah antara info-info yang kami tahu mengenai Multistrada 950 baharu.

  • Rekabentuk hampir serupa dengan abangnya tetapi dengan sedikit kelainan di bahagian belakang.
  • Ia dibina untuk mereka yang mencari Multistrada yang lebih ringan, seperti BMW dengan F800 GS dan sebagainya.
  • Ducati mengambil elemen-elemen dari Multistrada 1200 dan Multistrada 1200 Enduro.
  • Enjin L-Twin dua silinder 8-injap Desmodromic sejukan cecair Testasretta 11° dengan kapasiti 937 cc dan kuasa maksimum 113 hp pada 9,000 rpm dan 96.2 Nm pada 7,750 rpm.
  • Gerek dan lejang ialah pada 94 dan 67.5 mm dan nisbah mampatan ialah 12.6.1
ducati-ms-950-careta-11
  • Multistrada 950 datang dengan 4-Riding Modes (Sport, Touring, Urban dan Enduro) serta kawalan Ride-by-Wire.
  • Transmisi ialah 6-kelajuan plet klac basah lengkap dengan fungsi slipper.
  • Rangka Trellis besi tiub digunakan dengan lengan ayun aluminium kembar di belakang.
  • Sistem gantungan hadapan ialah fork Kayaba 48 mm terbalik (USD - Upside Down) boleh laras sementara penyerap hentak belakang ialah Sachs monoshock dengan spring preload boleh laras.
ducati-ms-950-careta-10
  • Tayar hadapan 120/70 R19 dan belakang 170/60 R17, Pirelli Scorpion Trail II.
  • Brek hadapan kembar 320 mm dengan cakera semi-floating dan angkup Brembo Monobloc 4-piston dipasang secara radial.
  • Brek belakang ialah angkup Brembo 2-piston dengan cakera tunggal 265 mm.
  • Brek ABS dan kawalan traction DTC turut diberikan untuk keselamatan.
  • Berat kering ialah 204 kg dan berat basah ialah 227 kg.
  • Jarak pelana dari bumi ialah 840 mm. Pelana aksesori turut ditawarkan dengan jarak 820 hingga 860 mm.
  • Isipadu tangki bahan bakar ialah 20 liter
  • Tiada lagi harga untuk Malaysia.
[gallery size="medium" ids="19705,19706,19707,19708,19709"]