Siapa BAIC?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kereta elektrik pertama dipasang di Malaysia akan diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2016 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 November 2016 di Mines International Exhibition And Convention Centre (MIECC) . Pemasangan kereta elektrik buatan Malaysia melibatkan dua syarikat iaitu BAIC Automotive Group Co Ltd (BAIC) dari China dan rakan kongsi Amber Dual Sdn Bhd dari negara kita. BAIC berasal dari BAW (Beijing Automobile Works) yang diasaskan pada tahun tahun 1953. Ia dikenali sebagai pengeluar alat-alat ganti dan aksesori kenderaan seperti karburetor, pam bahanapi dan lampu. jinggangshan-_1958_03   Pada tahun 1958, BAIC  memulakan projek untuk membuat kereta keluarga kecil, “prototype” model dua pintu pertama telah diperkenalkan pada tahun 1958 dengan nama Jinggangshan.  Jinggangshan diasaskan oleh model Volkswagen Beetle, enjin juga diambil dari Beetle iaitu  enjin penyejukan udara Boxer 1.2L 4-silinder 35 hp. Model empat pintu menyusul kemudian dengan menggunakan jentera yang sama.   [caption id="attachment_19647" align="alignnone" width="350"]Beijing CB4 Beijing CB4[/caption]   BAIC juga mengeluarkan model sedan mewah dan “convertible” pada tahun 1958 dengan nama Beijing CB4. Beijing CB4 yang berbentuk seperti kereta dari Amerika Syarikat menggunakan enjin 6.0L V8 dan mempunyai 252 hp. [caption id="attachment_19648" align="alignnone" width="350"]BJ210 BJ210[/caption]   [caption id="attachment_19649" align="alignnone" width="350"]BJ212 BJ212[/caption] baic-bj212-2   Pada tahun 1960, model “off-road” ringan telah dikeluarkan dan dinamakan BJ210. Model BJ212 bersaiz lebih besar menyusul kemudian. BJ210 dan BJ212 kemudian menjadi model “off-road” terlaris di China selama tiga dekad. BAIC terus mengorak langkah seiring dengan kemajuan negara China apabila menandatangani perjanjian bersama Hyundai untuk menubuhkan Beijing Hyundai Motor Co Ltd pada April 2002. Pada Disember 2004, pengeluaran Hyundai oleh Beijing Hyundai Motor mencecah 200 ribu unit, dan mencapai satu juta unit pada Februari 2008. Pada Ogos 2005, Beijing Benz Automotive Co. Ltd  telah diasaskan hasil kerjasama BAIC dan Daimler AG. Sebuah kilang pengeluaran kereta Mercedes Benz telah dibina di Beijing bagi memasang model Mercedes Benz C-Class dan E-Class sehingga 25,000 unit setahun. Pada Disember 2009, BAIC memperoleh hak-hak harta intelek dan peralatan pengeluaran untuk kereta buatan Sweden, Saab 9-3 dan Saab 9-5 di dalam urusniaga yang bernilai hampir USD200 juta. Pembelian itu termasuk platform, enjin dan transmisi Saab 9-3 dan Saab 9-5. Pada tahun 2015, BAIC merupakan pengeluar kenderaan ke-5 terbesar di China pada 2.49 juta unit, empat kali lebih besar dari saiz pengeluaran kereta di Malaysia. img01 BAIC hadir ke Malaysia dengan memeterai perjanjian bersama Amber Dual Sdn Bhd pada tahun 2015. Kereta elektrik BAIC dipasang di kilang pengeluaran kereta yang terletak di Gurun, Kedah dengan mensasarkan pengeluaran sebanyak 2,000 hingga 3,000 unit setahun. Pengeluaran kereta elektrik BAIC dijangka bertambah dari tahun ke tahun. [caption id="attachment_19654" align="alignnone" width="760"]EV210 EV210[/caption] [caption id="attachment_19653" align="alignnone" width="760"]EV150 EV150[/caption] [caption id="attachment_19651" align="alignnone" width="760"]EV200 EV200[/caption] [caption id="attachment_19652" align="alignnone" width="760"]EV160 EV160[/caption]