Alex Yoong juara tiga kali Audi R8 LMS Cup

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pelumba terkenal Malaysia, Alex Yoong telah mencatatkan sejarah dunia sukan lumba kereta dengan memenangi kejuaraan Audi R8 LMS Cup tiga kali berturut-turut walaupun tidak berjaya menghabiskan perlumbaan pada pusingan terakhir acara perlumbaan yang berlangsung di China. 2016-audi-lmscup-sepang-10 Alex, 40, yang memandu untuk pasukan Audi Teda Racing Team, masih layak digelar juara keseluruhan kerana dia mendahului dengan satu mata kejuaraan dari Alessio Picariello dari pasukan MGT Team by Absolute. Alex telah terkeluar dari acara perlumbaan 13-pusingan itu apabila dia dilanggar oleh Alessio pada saat-saat akhir pusingan perlumbaan. a1610449_full Kerana melanggar Alex dengan sengaja, Alessio telah didenda dengan masa penalti 30-saat, mengakibatkannya langsung terkeluar dari kedudukan mata. “Saya berasa amat berpuas hati dengan prestasi saya pada kejuaraan tahun ini. Prestasi kereta (pasukan) saya juga menakjubkan,” kata Alex, bekas pemandu dalam kejuaraan Formula One. Alex telah memenangi enam kedudukan podium pada musim perlumbaan tahun ini, dengan kemenangan di Thailand, Malaysia dan Korea.