Bila dunia komik bertemu Harley-Davidson

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jika pernah tertimbulnya persoalan apa akan jadi jika dunia komik dan dunia motosikal bertemu, inilah jawapannya. the-hulk-fat-boy-power-1 iron-man-v-rod-boldness-1 captain-america-touring-street-glide-freedom-1 Pembuat motosikal Harley-Davidson dan pengeluar komik wira luarbiasa Marvel telah bergabung untuk menghasilkan 27 motosikal suai langgan (custom) yang menampilkan pelbagai hiasan berdasarkan pada wira-wira dan watak jahat di dalam komik Marvel. Keluaran istimewa Harley-Davidson ini dibuat bersempena dengan perayaan ulangtahun ke-75 watak wira Captain America. Motosikal Harley-Davidson khas untuk Marvel ini direka secara suai langgan pada barisan model motosikal keluaran Harley-Davidson yang biasa seperti Iron 883, Fat Boy Lo dan Street Glide Special. black-panther-softail-breakout-ferocious-1 detail-0-2 Barisan wira luarbiasa Marvel yang ditampilkan terdiri dari Spider-Man, The Hulk, Captain America, dan Iron Man, termasuk juga karekter yang kurang dikenali seperti Spider Gwen dan Wasp. Watak jahat seperti Thanos dan Ultron turut menghiasi barisan motosikal suai langgan ini. black-widow-iron-883-solitary-1 Setiap motosikal dihias dengan lakaran khusus bagi memaparkan ciri watak yang ditampilkan. “Ferocious” dibuat bagi menggambarkan ciri watak Black Panther yang selalunya agresif dan buas. Profil Softail Blackout yang rendah, garang dan berwarna gelap semestinya sesuai dengan watak wira luarbiasa Black Panther. Siapa sangka dunia komik dan motosikal chopper suatu hari akan bertemu?