Kongsi cara penggunaan paling kreatif dan menangi pakej WD-40!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini Careta ada menulis tentang WD-40 dan 19 fakta yang mungkin anda tidak tahu mengenai jenama pelincir tersebut.

Nampaknya, memang ramai yang sudah lama menggunakan WD-40 dan masing-masing mempunyai cara penggunaan tersendiri. Dari kegunaan di dalam rumah, untuk kereta, basikal, bengkel dan sampaikan ada yang berkongsi cara penggunaan WD-40 dalam memancing!

Kali ini, Careta ingin menjemput anda untuk berkongsi penggunaan WD-40 dengan cara mengambil gambar cara penggunaan anda itu, terangkan penggunaannya dan muat-naik di laman komen status Facebook Careta

wd40-sample

Penggunaan WD-40 yang anda cadangakan tidak semestinya berkenaan dengan automotif. Ia terbuka untuk SEBARANG penggunaan dan 10 foto terbaik dan kreatif cara penggunaan itu akan menerima satu set hadiah dari WD-40 yang terdiri dari:

  • WD-40 Lubricant (tin 191 ml)
  • Belt Dressing (WD-40 Specialist Automotive)
  • Chain Lube (WD-40 Specialist Automotive)
  • Throttle, Carb Cleaner (WD-40 Specialist Automotive)
  • Brake and Part Cleaner (WD-40 Specialist Automotive)
  • Machines and Engine Degreaser (WD-40 Specialist Automotive)

Setiap set itu bernilai tidak kurang dari RM150.00 dan Winstar Trading, pengedar produk WD-40 di Malaysia telah menaja sebanyak 10 set! 

wd40-package

Jadi, apa lagi. Keluarkan WD-40 anda dan rakam detik kreatif penggunaan WD-40 anda!

Peraduan ini akan berakhir pada 21 November 2016, dua minggu dari tarikh laporan ini.

* Keputusan hakim adalah muktamad. Gambar mesti diambil oleh peserta sendiri dan Careta.my dan WD-40 Asia dibenarkan menggunakannya. Kami berhak menukar hadiah dengan sesuatu yang sama nilai sekiranya stok kehabisan.