Undi kereta kegemaran anda dan menangi wang tunai!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Anugerah kereta terbaik semakin lama semakin banyak di dalam negara kita.

Kebanyakannya lebih menggunakan juri-juri sendiri, dan taraf profesional mereka sebenarnya boleh dipersoalkan.

Sayang sekali syarikat kenderaan tidak begitu kisah akan kesahihan anugerah-anugerah tersebut kerana mereka mahukan anugerah yang diberikan itu supaya mudah memasarkan kenderaan mereka.

Walaubagaimanapun, Anugerah Kenderaan Terbaik Malaysia yang sedang dilakukan oleh Malaysia AutoShow 2016 anjuran Malaysia Automotive Insittute (MAI), sebuah agensi di bawah MITI nampaknya mahukan pengguna sendiri menjadi hakim.

Calon-calon kenderaan dipilih oleh juri profesional yang terdiri dari editor-editor berpengalaman. Anugerah ini diadakan untuk membantu pembeli memilih kenderaan yang paling sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.

Contohnya, jika anda ingin membeli sebuah MPV, lihat calon-calon di dalam kategori tersebut dan anda sudah tahu calon-calon yang ada untuk tahun ini. Pemenangnya pula pasti adalah yang terbaik di kalangan semua calon tersebut.

Untuk Anugerah Kereta Terbaik Malaysia oleh MAI, para pengguna diminta untuk turut sama membut undian.

Bagi anugerah Pilihan Rakyat, pengguna, iaitu anda, boleh memilih kereta mana yang anda rasa terbaik di dalam kategori masing-masing.

Kategori yang ada ialah:

  • Kereta Mampu Milik (Entry Level)
  • Kereta Kompak
  • Sedan Keluarga
  • Kereta Kompak Eksekutif Premium
  • Kereta Ekesekutif Muda
  • MPV Kompak
  • MPV 7-tempat duduk
  • SUV (bawah RM300,000)
  • SUV (atas RM300,001)
  • Crossover
  • Trak pikap

Kesemua model kenderaan itu ialah terdiri dari model-model yang dilancarkan dari 1 November 2015 sehingga 31 Oktober 2016.

Dan paling menarik, setiap pengundi mempunyai peluang untuk memenangi hadiah tunai sebanyak RM1,500 untuk tempat pertama, RM1,000 untuk tempat kedua dan RM500 untuk tempat ketiga.

Jadi apa lagi, jadilah salah satu dari juri Anugerah Kereta Pilihan Rakyat dan menangi hadiah wang tunai.

Untuk memilih kereta terbaik di dalam kategori-kategori tersebut, layari laman web ini.