Era baharu pameran auto di Malaysia

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Era baharu kerjasama antara penganjur Malaysia Autoshow dan Bangkok International Motor Show (BIMS) telah bermula dengan kedua-dua pihak menandatangani MOU baru-baru ini. MOU tersebut bakal membawa bersama Grand Prix International Public Company Limited of Thailand (GPI), penganjur Bangkok International Motor Show, Malaysia Automotive Institute (MAI) dan Aideah Communication Sdn Bhd (penganjur Malaysia Autoshow) di dalam satu inisiatif untuk bersama-sama menggalakkan teknologi automotif di negara-negara ASEAN. Pameran auto adalah satu strategi komunikasi yang kuat, dan kerjasama di antara kedua-dua penganjur pameran auto bakal mempertingkatkan penghantaran maklumat mengenai perubahan dunia automotif di rantau ini, bermula dari bahan api alternatif (alternative fuel), kenderaan elektrik (electric vehicles), kereta pandu sendiri (autonomous cars)  dan pelbagai teknologi masa hadapan. Kerjasama pada masa hadapan bakal mungkin melibatkan pelaburan oleh GPI di dalam kepentingan Malaysia Autoshow. Kerjasama-kerjasama kedua-dua penganjur pameran auto tersebut menandakan ia sebagai langkah positif ke arah integrasi ASEAN. BIMS mempunyai pengalaman sebagai penganjur pameran auto sebanyak 37 pameran manakala Malaysia Autoshow telah berjaya menganjur sebanyak enam pameran semenjak 2010. CEO MAI, Datuk Madani Sahari berkata bahawa Malaysia Autoshow merupakan salah satu dari acara utama MAI dan kerjasama antara mereka adalah tepat pada masanya. Beliau juga berkata bahawa perubahan di industri automotif masih di peringkat awal dan akan perlahan-lahan ke arah teknologi baharu seperti kenderaan elektrik dan kenderaan pandu sendiri pada dekad yang akan datang. CEO GPI, Dr Prachin Eamlumnov pula berkata bahawa industri automotif di seluruh dunia mengalami penggabungan dan perkongsian platform bagi memperluaskan pasaran dan membawa masuk lebih banyak pelaburan untuk teknologi baharu.  Juga untuk meningkatkan hubungan di antara perindustrian automotif di kedua-dua negara. Malaysia Autoshow 2016 dijangka akan menjadi acara automotif tahunan yang terbesar di Malaysia. Ia bakal disertai oleh 150 pempamer atau peserta yang terdiri daripada jenama terkenal kenderaan, peralatan aftermarket dan aksesori.