SUV Misteri Penuh Bergaya Dari Geely

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perhatikan kereta ini. Pada pendapat kami, jika tidak diketahui namanya, mungkin ramai akan menyangka ia ialah buatan Porsche atau Maserati. Sebenarnya inilah kereta SUV dari jenama baharu Lynk & Co. lynk_cars_2364_col4 geely-lynk-co-01-9 geely-lynk-co-01-12 Tak pernah dengar? Ini kerana dua sebab. Pertama, Lynk & Co. ialah jenama rekaan pembuat kereta dari China, Geely. Kedua, nama Lynk & Co janggal sekali untuk dikaitkan dengan pembuat kereta, kerana ia lebih sesuai dengan jenama fesyen, seperti pembuat seluar jeans. Walaubagaimanapun, kami amat tertarik dengan rekaan model SUV nya ini. Model ini dinamakan “01”. Geely berhajat untuk mengeluarkannya di China bagi penjualan secara besar-besaran di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. lynk_cars_2364_col3 geely-lynk-co-01-15 geely-lynk-co-01-14 01 juga akan berkongsi pelantar dengan model akan datang XC40 dari Volvo, dan kalau anda tertanya-tanya tentang rekabentuknya yang sungguh menawan ini, ini ialah kerana rekabentuknya dan kejuruteraannya berasal dari Sweden. Kelebihan selain dari rupa bentuk yang amat bergaya ini ialah teknologi perhubungan internet tercanggih yang dipasang didalamnya. geely-lynk-co-01-4 Tidak ada lagi maklumat rasmi tentang penjanaan 01, tetapi kemungkinan ia akan dijana oleh pilihan enjin sama seperti Volvo XC40 nanti, iaitu 2.0-liter 4 silinder dan 1.5-liter 3 silinder. Enjin jenis “plug-in hybrid” juga akan dijadikan pilihan. Kotak gear adalah dari jenis 6 atau 7 kelajuan automatik dua klac. geely-lynk-co-01-13 Saiznya berukuran 4530mm panjang, dengan ketinggian 1654mm dan selebar 1,855mm. Jarak tepi antara tayar depan ialah 2730mm. Tunggu tahun 2018 untuk kehadirannya.