Goodyear Wrangler Triple max lebih selamat untuk SUV keluarga

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Goodyear Malaysia telah melancarkan tayar Goodyear Wrangler Triplemax di Malaysia. Model Wrangler TripleMax terkini direka untuk kenderaan jenis SUV saiz sederhana. Tayar Wrangler TripleMax menawarkan prestasi cengkaman terbaik dengan ciri Road Hazard Resistant yang memberi impak terhadap jarak membrek lebih singkat di atas permukaan jalan basah. goodyear-wtm-05 Dengan menggunakan HYDROGRIP Technology® yang telah ditambah baik, Goodyear membangunkan tayar Wrangler TripleMax bersama reka bentuk bunga tayar inovatif, binaan tayar yang optimum serta cengkaman compound yang lebih baik. Ia dapat menawarkan prestasi jarak membrek yang lebih singkat di atas permukaan jalan yang basah. Tayar Goodyear Wrangler TripleMax ditawarkan pada harga bermula RM443.72 sehingga RM675.22 seunit termasuk GST, bergantung kepada saiz. Pengguna kini boleh membeli tayar Wrangler TripleMax di cawangan Goodyear Autocare dan Servitekar, serta para pengedar sah Goodyear di seluruh negara. goodyear-wtm-03 Goodyear Malaysia telah mensasarkan pertumbuhan pasaran segmen SUV pertengahan sebanyak 12% bermula tahun 2012 hingga 2020. Ini dapat dilihat melalui pertumbuhan sebanyak 21.3% ke atas penjualan kenderaan SUV di Malaysia berdasarkan jualan tahunan sehingga Jun 2016. Bagi memenuhi peningkatan permintaan pasaran tersebut, Goodyear Malaysia komited dalam inovasi pengeluaran tayar serta menawarkan product berprestasi tinggi kepada pelanggannya.  goodyear-wrangler Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Goodyear Wrangler TripleMax, serta tayar-tayar Goodyear yang lain, sila layari laman web rasmi Goodyear Malaysia - http://www.goodyear.com.my/, atau ikuti kami di laman Facebook Goodyear Malaysia - https://www.facebook.com/GoodyearMalaysia. goodyear-wtm-04 goodyear-wtm-01