Naza Quest lancar Colorado baharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Naza Quest Sdn Bhd telah melancarkan model pikap terbaru Chevrolet Colorado dengan harga bermula dari RM99,991.28 sehingga RM132,874.48. Didatangkan dengan lima varian bersama  dua kapasiti enjin 2.5L dan 2.8L tetapi dengan tiga pengeluaran kuasa yang berbeza dari 163hp dan 380Nm tork sehingga 193hp dan 500Nm tork. Enjin-enjin tersebut digabungkan bersama transmisi enam kelajuan manual dan automatik. Berikut secara ringkas penerangan kesemua varian Colorado baharu. Enjin dan transmisi : -          2.5 LT Fixed Geometry Turbo (FGT) 163hp dan 380Nm tork, enam kelajuan manual  4WD -          2.5 LT Variable Geometry Turbo (VGT) 180hp dan 440Nm tork, enam kelajuan automatik dengan fungsi mod manual  4WD -          2.5 LTZ Variable Geometry Turbo (VGT) 180hp dan 440Nm tork, enam kelajuan automatik dengan fungsi mod manual  4WD -          2.8 LTZ Variable Geometry Turbo (VGT) 193hp dan 500Nm tork, enam kelajuan automatic dengan fungsi mod manual  4WD -          2.8 High Country Variable Geometry Turbo (VGT) 193hp dan 500Nm tork,  enam kelajuan automatik  dengan fungsi mod manual  4WD Bahagian dalaman: -          Kawalan hawa dingin manual bagi varian 2.5L LT manual dan automatik -          Kawalan hawa dingin automatik bagi varian 2.5L LTZ, 2.8LTZ dan 2.8 High Country -          Skrin sentuh tujuh inchi bersama Chevrolet Mylink dan Bluetooth Handsfree dengan Apple CarPlay empat pembesar suara bagi varian 2.5L LT manual dan automatik -          Skrin sentuh lapan inchi bersama Chevrolet Mylink dan Bluetooth Handsfree dengan       Apple CarPlay tujuh pembesar suara bagi varian 2.5L LTZ, 2.8L LTZ dan 2.8L LTZ High Country -          Tempat duduk fabrik bagi varian 2.5L LT manual dan automatik -          Tempat duduk kulit bagi varian 2.5L LTZ, 2.8L LTZ dan 2.8L LTZ High Country -          Tingkap yang dibuka sedikit untuk memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang semasa pintu ditutup, tingkap akan ditutup secara automatik. Bahagian luaran: -          Perbezaan Colorado baharu dengan yang sebelum ini boleh dikenali melalui gril berbentuk baharu dan lampu Tube LED DRL yang diletakkan kepada kesemua varian. -          Pengelap cermin automatik hanya diletakkan pada varian-varian LTZ dan High Country. -          Varian-varian LTZ dan High Country dilengkapi dengan penghidup enjin kawalan jauh yang digunakan untuk menyejukkan kabin dengan memasang sistem hawa dingin terlebih dahulu sebelum pemandu memasuki kereta. -          Rim 16 inci untuk varian LT dan rim 18 inchi untuk varian LTZ dan High Country Keselamatan: -          Beg udara pemandu dan penumpang serta pada bahagian lutut pemandu untuk kesemua varian -          Sistem brek ABS, EBD dan PBA untuk kesemua varian -          Sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), Sistem kawalan cengkaman (TCS) dan sistem pengukuran tekanan tayar (TPMS) hanya didapati pada varian LTZ dan High Country -          ASEAN ANCAP lima bintang   Dimensi: -          Panjang keseluruhan 5408mm -          Lebar  1874mm -          Tinggi 1797mm Harga termasuk insuran dan cukai jalan: -          2.5L LT transmisi manual RM99,911.28 -          2.5L LT transmisi automatik RM107,948.20 -          2.5L LTZ RM115,031.12 -          2.8L LTZ RM124,788.00 -          2.8L High Country RM132,874.48 Lain-lain: Jaminan selama lima tahun atau 200,000km dan menurut Chevrolet Malaysia, 100 pelanggan pertama akan diberikan servis percuma selama tiga tahun. [gallery columns="4" ids="18448,18449,18450,18451,18452,18453,18454,18455,18456,18457,18458,18459,18460,18461,18462,18463,18464,18465,18466,18467,18468,18469,18470,18471,18472,18473,18474,18475,18476,18477,18478,18479,18480,18481,18482,18483,18484,18485,18486,18487,18488,18489,18490,18491,18492,18493,18494,18495,18496,18497"]