Mitsubishi Sekarang Milik Nissan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
[video width="1280" height="720" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/10/Nissan-strengthens-Alliance-with-acquisition-of-34-stake-in.mp4"][/video]   Setelah diumumkan pada bulan Mei lalu, Nissan telah dengan rasminya membuat pembelian 34% saham syarikat Mitsubishi. nissan-mitsubishi-1 Pembelian saham ini menjadikan Nissan pemegang saham terbesar dan berkepentingan tinggi untuk menguasai kawalan pengurusan syarikat Mitsubishi menurut ketetapan undang-undang pembelian saham negeri Jepun. Pembelian saham itu bernilai USD$2.3 bilion (atau 237 bilion yen), menurut laporan akhbar Wall Street Journal. Kyung-Hoon Ini bermakna jenama Nissan, Mitsubishi dan Renault akan mula berkongsi pelantar kenderaan dan teknologi, membuat pembelian bersama, dan juga operasi pengeluaran bersama. Nissan menekankan bahawa Mitsubishi dianggap sebagai rakan perkongsian dalam struktur perikatan jenama itu dengan Renault. 2017_nissan_gtr-hd Tambah lagi, Carlos Ghosn, ketua pegawai eksekutif Nissan dan Renault, telah dinamakan sebagai pengerusi terbaharu lembaga pengarah syarikat Mitsubishi. mitsubishi-pictures-700 Dengan itu, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Mitsubishi yang sedia ada sekarang, Osamu Masuko, akan duduk kekal pada jawatan-jawatan yang dipegangnya tetapi beliau akan disertai oleh ketua pegawai kompetitif dari Nissan, yang akan menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif kerjasama. Pembelian saham ini membolehkan Mitsubishi bernafas lega selepas syarikat itu mengaku terlibat dengan kontroversi perbatuan perjalanan (mileage) pada sesetengah model keretanya.