Kereta Transformer Buatan China 

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Bukan Levis atau LeeCooper tapi LeEco, syarikat pengeluar kereta elektrik dari China. Jangan pandang rendah pada jenama ini kerana kereta terbaharunya, LeSee, akan ditampilkan didalam filem Transformer terbaharu nanti, menjadi kereta terkenal sama seperti Chevrolet Camaro Bumblebee dan Ford Mustang Wipe-out sebelumnya. ext-6-2880-1 adaptive-control-1-1440-1 adaptive-control-2-1440-1 Setakat ini, tidak diberitahu samada LeEco ini akan berada dipihak Autobot atau Decepticon tetapi yang penting kereta EV buatan China ini akan memainkan peranan didalam filem terbaharu Michael Bay. ext-5-2880-1 Menurut pengasas LeEco, Lei Ding, kereta EV LeSee itu akan didatangkan dengan pengecas magnetiknya tersendiri, stereng yang boleh dilipat dan disimpan, dan penayang luar kereta bagi memaparkan pelbagai infomasi (seperti pengumuman yang ia sedang dipandu oleh sistem robot atau ia sedang beroperasi sebagai kereta kongsi). ext-3-2880-1 d-2-1440-1 d-3-1440-1 LeEco bukan sahaja pembuat kereta EV berautonomi tetapi ia juga terlibat dalam pembuatan telefon bimbit, TV dan basikal elektrik. LeEco juga telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat Aston Martin dan akan membina kilang pengeluar kereta EV di China yang bernilai USD$1.8 bilion. Ding juga mengumumkan yang rakan kongsinya Faraday Future juga akan menampilkan keretanya di pameran CES di Las Vegas pada bulan Januari 2017. [caption id="attachment_18432" align="alignnone" width="300"]Sesi penggambaran Transformers 5 Sesi penggambaran Transformers 5[/caption]